Categories: Eat Travel

Bila Ke Pulau Pinang, Jangan Lupa Singgah Ke Muzium Makanan Gergasi!

Salah satu saya tarikan di Pulau Pinang adalah seleksi makanannya. Tak sah kalau anda pergi ke negeri itu tapi tak nikmati juadah lazat yang ditawarkan.

Antara yang popular adalah laksa Penang, nasi kandar, pasembor, char kuey tiau dan cendol. Gerenti menyelerakan!

Tapi kenapa isi perut saja jika anda juga boleh mencuci mata? 

Di Wonderfood Museum Penang, replika gergasi juadah-juadah seperti yang disebutkan tadi ada dipamerkan!

Foto: Facebook Wonderfood Museum Penang

Foto: Facebook Wonderfood Museum Penang

Foto: Facebook Wonderfood Museum Penang

Anda boleh tengok sendiri betapa terperincinya rekaan objek-objek ini. Ada yang nampak macam real! Kalau anda tak lapar, mesti terus lapar bila ada datang ke sini. 

Muzium ini meraikan kepelbagaian serta keenakan makanan yang Pulau Pinang tawarkan. Tengoklah menerusi video ini. Bermangkuk-mangkuk! 

Selain itu, Muzium ini juga menawarkan pameran mini yang menggambarkan suasana di Pulau Pinang ketika penduduk tempatan sedang menikmati makanan ataupun ketika mereka sedang membeli makanan daripada gerai-gerai. 

Foto: Facebook Wonderfood Museum Penang

Foto: Facebook Wonderfood Museum Penang

Semuanya diperbuat daripada plastik dan direka khas oleh pemilik muzium ini. Dia menggunakan teknik sampuru (makanan tipu) yang dipopularkan oleh orang Jepun. 

Kalau anda pernah ke Jepun, anda mesti pernah nampak replika-replika makanan yang dijual di depan restoran mereka, kan? Realistik sungguh!

Ada banyak lagi pameran yang menanti anda, jadi jangan lupa singgah ke Wonderfood Museum Penang, ya! Tangkap gambar banyak-banyak dan post di Instagram!

Sumber: Insider, Facebook Wonderfood Museum Penang

Ad Ops