Categories: Eat Travel

Cef ini hasilkan sandwic paling nipis di dunia, hebatnya!

Dalam tempoh fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), masyarakat dinasihatkan untuk membeli barang keperluan secara berhemah. Pembelian panik yang berlaku sebelum ini adalah satu contoh yang tidak sihat dan perlu dielakkan memandangkan bekalan barangan keperluan masih mencukupi.

Tidak dinafikan, sepanjang fasa PKP dilaksanakan, kesukaran untuk mendapatkan bekalan roti adalah antara isu yang hangat diperkatakan, namun ia bukanlah isu yang penulis mahu bangkitkan.

Penulis sebenarnya tertarik dengan sebuah video yang dikongsi oleh seorang cef di Jepun bernama Oiri. Video di YouTube itu menunjukkan Cef Oiri membuat sandwic paling nipis yang penulis pernah dilihat. Mungkin juga ia adalah sandwic paling nipis di dunia yang pernah dihasilkan.

Kredit gambar: YouTube Oiri Kitchen

Cef Oiri memang terkenal dengan kemahiran luar biasanya menggunakan pisau dan memotong bahan masakan seperti sayur-sayuran, daging, ikan, roti dan banyak lagi dengan sangat nipis.

Kredit gambar: SoraNews24

Memotong sesuatu bahan dengan sangat nipis semestinya memerlukan pisau yang sangat tajam dan ketelitian tinggi, tetapi jika tiada bakat, memang tidak menjadi.

Kredit gambar: YouTube Oiri Kitchen

Menerusi video itu, Cef Oiri menghiris nipis roti, timun dan tomato sebelum meletakkan kepingan daging nipis yang disapu sedikit mentega. Jom tonton video terbabit untuk melihat bagaimana Cef Oiri mempamerkan bakatnya itu.

Kredit gambar: Laughing Squid

Sandwic nipis ini mungkin boleh dipraktikkan untuk mereka yang mahu berjimat sepanjang musim COVID-19 ini. Anda boleh menggunakan bahan lain seperti telur, sosej atau meletakkan sos mengikut cita rasa anda. Selamat mencuba!

Kredit gambar: YouTube Oiri Kitchen

Ad Ops