Categories: Eat Travel

Dibina Menggunakan Sumber Asli Garam, Hotel Luna Salada Pasti Buat Anda Terpegun!

Pernah atau tidak anda mendengar hotel diperbuat daripada garam? Tak masuk dek akal bukan!

Tetapi itulah keistimewaan Hotel Luna Salada yang terletak di Bolivia ini.

Seni rekanya sangat unik kerana dibina hanya menggunakan sumber semula jadi yang banyak terdapat di tempat berkenaan iaitu garam.

Tidak menghairankan sebenarnya, kerana Bolivia sendiri memang terkenal dengan Salar de Uyuni iaitu sumber garam terbesar di dunia yang terletak 3,658 meter dari paras laut.

Lebih menarik, hampir semua pembinaan di hotel Luna Salada ini diperbuat daripada garam termasuk kerusi, lantai dan juga dinding. Anda boleh melihat keindahan pemandangan dengan warna dan tekstur rata garam ketika matahari terbenam dari tingkap hotel.

Foto: Wild Frontiers

Foto: Destinia

Foto: Destinia

Foto: Desk to Dirtbag

Foto: HotelsCombined

Jika anda ingin datang menginap di hotel ini, anda disarankan untuk datang pada musim hujan dan kering. Musim hujan adalah pada bulan Disember hingga April dan musim hujan adalah waktu jika anda ingin melihat dan mengambil gambar kesan cermin rata ikonik.

Musim kering pula adalah pada bulan Mei hingga November dan musim kering adalah waktu apabila hujan tidak lagi turun ia meninggalkan corak misteri dan indah di dalam garam.

Terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan jika anda datang bercuti ke sini. Antaranya ialah berjalan melihat garam rata ketika musim kering menggunakan basikal, berjalan di Pulau Incahuasi yang dipenuhi dengan pokok kaktus dan banyak lagi.

 

Foto: Bolivia Travel Site

Sumber: The Vocket

Yanie Baharom