Categories: Gaya Hidup

‘Hot Dog Water’ Ini Dikatakan Boleh Kuruskan Berat Badan. Biar Betul?

Biasanya, kita makan saja hot dog atau sosej untuk mengisi perut kan? Tapi, anda rasa logik tak air rendaman sosej ini boleh kuruskan badan? Rasa macam tak percaya kan?

Baru-baru ini, pengunjung di Car Free Day Festival di Vancouver, British Columbia berpeluang untuk membeli dan merasai sendiri air rendaman sosej, pertama kali seumpamanya di dunia. 

Sosej yang direndam dalam botol lutsinar dikatakan kaya dengan sodium dan electrolyte, dijual dengan harga USD38 (RM158.33) sebotol.

Air rendaman sosej ini dikatakan boleh meningkatkan ambilan air dalam badan, boleh mengurangkan berat badan, meningkat fungsi daya fikiran dan juga boleh buat kulit lebih muda. Wow! Macam tak percaya!

Kalau ada kat Malaysia, anda nak try minum tak?

Sumber: Instagram & GlobalNews

tex_admin