Categories: Eat Travel

Hello Kitty Grand Cafe Di California Ini Memang Cute Habis!

Sebelum ini kita hanya lihat watak kartun Hello Kitty di televisyen, permainan video, komik ataupun digunakan sebagai inspirasi untuk pakaian, alat permainan dan aksesori fesyen.

Tapi, kini anda boleh ‘makan’ karakter Hello Kitty itu sendiri! Terdapat satu kafe bertemakan karakter Hello Kitty dibuka di Ipoh, Malaysia.

Namun kali ini, penulis tertarik untuk berkongsi tentang sebuah kafe Hello Kitty yang terletak di Irving, California.

Kafe yang dinamakan sebagai Hello Kitty Grand Cafe itu 100% berkonsepkan Hello Kitty daripada segala aspek sama ada dari segi dekorasi, hidangan sehinggalah penyediaan peralatan makanannya. Memang comel!

Bagi peminat Hello Kitty daripada golongan kanak-kanak mahupun dewasa memang patut singgah ke kafe ini untuk menikmati secawan teh mahupun kek yang disediakan. Jom kita lihat kecomelan kafe Hello Kitty ini.

Suasana kafe

Hidangan makanan yang comel-comel

Sumber: Tetty Betty & Hello Kitty Cafe

tex_admin