Eat Travel By: tex_admin November 2, 2018 @ 12:00pm

Ikuti 6 Tip Ini Kalau Nak Buat Kentang Putar Yang ‘Creamy’ Dan Sedap

Adakah anda penggemar kentang putar? Kentang putar memang enak dimakan bersama pelbagai hidangan seperti ayam panggang mahupun kambing bakar. Ada juga yang suka makan begitu saja. 

Keenakan kentang putar bukan sahaja digemari oleh kalangan dewasa, kanak-kanak juga menggemarinya! Biasanya, anda suka beli saja atau buat sendiri kat rumah bila ‘teringin’ nak makan kentang putar ini? Kalau anda yang suka beli, apa kata anda buat saja sendiri di rumah, tak susah pun!

Tapi, anda kenalah tahu caranya yang betul untuk menghasilkan kentang putar yang creamy dan sedap! Nak tahu? Jom semak!

1. Gunakan kentang russet atau ubi kentang yang mempunyai kandungan kanji yang tinggi

Foto: Wide Open Eats

Kalau anda nak dapatkan tekstur kentang putar yang creamy, anda wajib gunakan kentang russet atau jenis ubi kentang yang mengandungi kanji yang tinggi seperti Yukon Gold.

Ubi kentang yang mengandungi kanji yang tinggi dapat menyerap bahan-bahan seperti krim, susu dan mentega dengan lebih baik. Manakala kentang yang mempunyai kandungan kanji yang rendah akan hasilkan kentang putar yang bertekstur kasar.

2. Kupaskan kulit kentang terlebih dahulu sebelum merebusnya

Foto: Thecookful

Sesetengah orang suka menghancurkan kulit kentang ke dalam hidangan kentang putar mereka, tetapi untuk anda yang sukakan tekstur kentang putar yang lebih berkrim, anda haruslah kupaskan kulitnya terlebih dahulu. Barulah kentang putar anda sedap!

3. Masukkan garam ke dalam air rebusan kentang

Foto: Food52

Garam perlu ditambahkan dalam air rebusan agar kentang putar anda tidak tawar. 

4. Masukkan kentang dalam air sebelum ia mula dipanaskan

Foto: Lifeofthepartyalways

Cara ini dapat memasakkan ubi kentang dengan lebih sekata. Jika anda masukkan kentang ketika air panas yang bergelegak, kentang tersebut tidak akan masak dengan sempurna dan akan ada cebisan kentang yang kurang masak dalam hidangan kentang putar anda.

5. Hancurkan kentang dengan sedikit air rebusan

Foto: Highland Ranch Foodie

Air rebusan kentang mempunyai kandungan kanji kentang itu sendiri. Anda boleh menggunakan sedikit air rebusan ketika proses menghancurkan kentang kerana ia dapat memasukkan semula kanji ke dalam hidangan anda. Bukan itu saja, kentang putar anda akan lebih fluffy.

6. Gunakan mentega dan krim

Foto: Nosalty.hu

Anda harus menggunakan bahan tenusu seperti mentega dan krim yang room temperature untuk mendapatkan gabungan adunan yang lebih baik. 

Dah tahukan tip untuk hasilkan kentang putar yang sedap? Jom buat sekarang!

Selamat mencuba!

Sumber: Says

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Sat, 22 Sep 2018
Eat Travel Tue, 14 Mar 2023
Eat Travel Tue, 10 Jul 2018

Nampak Macam Susah Tapi Senang Saja Untuk Buat Kek Mille Crepe! Ini Resipinya

Resipi ini adalah untuk perisa coklat, tapi ubahlah ramuannya mengikut citarasa anda.

Eat Travel Tue, 11 Jun 2019

Peminat durian, IKEA kini tawarkan rangkaian pemanis mulut bertemakan buah ini!

Macam-macam ada dan semuanya tampak menarik, jadi jom cuba!

Eat Travel Thu, 26 Apr 2018

Kalau Nak Suami Puji Lebih, Cuba Buat Cheesekut Ini

Sedapnya cheesekut ini kalau dimakan bersama orang-orang tersayang!

Eat Travel Tue, 28 Aug 2018

30 Foto Keajaiban Semulajadi Di Dunia Yang Menakjubkan, No. 8 Paling Wow!

Memang syok kalau dapat pergi cuci mata in person.

Eat Travel Thu, 17 May 2018

Terumbu Karang Hampir Musnah, Maya Bay Akan Ditutup Buat Sementara

Bagi anda yang belum tahu, Pulau Maya Bay akan ditutup sementara selama 4 bulan.

Eat Travel Tue, 24 Sep 2019

Panduan mudah jika ingin melancong ke luar negara

Persedian sebelum melancong yang wajib anda tahu!