Categories: Eat Travel

Jom Buat Dessert Creme Brulee Dengan Menggunakan 3 Bahan Saja! Ini Resipinya

Salah satu pencuci mulut “orang putih” yang terkenal adalah Crème Brûlée, yang juga dikenali sebagai burnt cream (krim terbakar).

Ia merangkumi pudding custard yang dihidang dalam mangkuk dan di atasnya ada gula bakar yang telah caramelised.

Rasa custard itu dah manis dan lembut tapi bila dipadankan pula dengan gula separa hangus… fuuh. Memang power; sesuai sangat untuk peminat-peminat dessert krim manis.

Sebenarnya creme brulee ini renyah sikit nak buat, tapi nasib baik ada resipi yang dah dipermudahkan. Ini berita baik untuk mereka yang tak pandai buat kek atau biskut.

Tambahan pula, ia melibatkan 3 ramuan saja! Tak boleh mudah lagi daripada ini, rasanya.

Nak cuba buat? Ikuti tutorial ini dan resipi di bawah.

Bahan-bahan

  • Gula
  • 1 biji telur kuning
  • Ais krim vanila

Cara Penyediaan

  1. Cairkan ais krim di dalam microwave oven selama 40 saat. Kacau untuk pastikan tiada ketulan yang tinggal, dan biarkan sejuk.
  2. Masukkan ais krim cair tadi ke dalam mangkuk tahan panas. Letakkannya pula di dalam loyang bulat yang berisi air panas (menggunakan teknik water bath).
  3. Bakar di dalam oven selama 45 minit di suhu 165 darjah Celcius. Kemudian keluarkan dan sejukkan pula di dalam peti sejuk selama 3 jam.
  4. Taburkan gula di atas cream dan bakar dengan menggunakan blow torch (api sederhana) hingga gula tersebut menjadi keperangan (caramelised). Alternatifnya, bakar semula creme brulee ini di dalam oven tapi gunakan api atas saja. Bakar hingga gula menjadi perang.

Selamat mencuba!

Anda juga boleh cuba gunakan pelbagai jenis perisa ais krim, bukan vanila saja ya!

Sumber: Tasty

Ad Ops