Categories: Eat Travel

Mahu makanan diet sedap, wajib cuba hidangan sihat salad pasta ayam Cajun

Bagi mereka yang sedang cuba untuk menurunkan berat badan dan mahu mencari menu sihat yang enak serta tidak membosankan, apa kata cuba resipi salad pasta ayam cajun.

Bagi yang tertanya-tanya apa itu cajun, ia adalah campuran beberapa jenis rempah dan herba antaranya lada hitam, serbuk bawang putih, serbuk paprika, oregano kering dan thyme.

Bagaimanapun ia tidak tertakluk pada satu cara sahaja untuk menghasilkan ramuan kering cajun kerana ia bergantung pada kreativiti dan cita rasa individu.

Jom cuba resipi salad pasta ayam cajun perkongsian daripada laman web Maggi. Memang mudah untuk disediakan! 

Bahan yang diperlukan:

– 1 cawan pasta spiral yang siap direbus (Tip tambahan: Campurkan sedikit minyak zaitun ketika merebus pasta untuk mengelakkan pasta melekat antara satu sama lain) 

– 1 dada ayam, dihiris

– 1 paket kecil daun roket

– 1 paket tomato ceri

– 2 ulas bawang putih

– 1  ulas bawang kecil

– 1/2 biji lemon, diperah jusnya

– 2 sudu besar minyak zaitun

Ramuan kering cajun:    

– 2 sudu kecil serbuk paprika

– 1 sudu kecil lada hitam

– 2 sudu kecil oregano kering

– 2 sudu kecil emping cili

– 1 sudu kecil Maggi® CukupRasa ™

Cara penyediaan

1. Ketepikan ½ sudu kecil ramuan kering cajun. Campurkan selebihnya dengan bawang putih dan bawang kecil.

2. Kemudian, perap hirisan ayam dan panggang selama kira-kira 8 minit.

3. Sediakan sos salad, campurkan ½ sudu kecil ramuan kering dengan minyak zaitun dan jus lemon. Jika perlu, masukkan sedikit MAGGI® CukupRasa ™ untuk lebih rasa.

4. Campurkan pasta, daun roket, tomato dan hirisan ayam dan tuangkan sos salad.

5. Gaul sebati dan kemudian sudah sedia dihidangkan. Selamat mencuba! 

Ad Ops