Isu Puteri Balqis Belum Reda, Aliff Syukri Pula Kena Hentam!

Siapa agaknya yang tidak kenal dengan usahawan kosmetik penuh kontroversi, Datuk Aliff Syukri. Baru-baru ini beliau sekali lagi enggan mempedulikan anggapan  segelintir warganet yang tampil mempersoalkan niatnya untuk membantu Puteri Balqis.

Mesej peribadi diterima daripada Balqis menurusi Direct Message (DM)

Menurut Datuk Aliff Syukri, Balqis sebelum ini pernah menghantar kiriman berupa mesej peribadi menerusi DM ke akaun instagram miliknya dua tahun lepas, namun beliau hanya mengetahui tentang kesulitan yang menimpa pelakon cilik ini selepas menyaksikan rakaman program Bersamamu. 

Balqis pernah DM dua tahun lalu untuk meminta bantuan, tapi kami tak perasan  sehinggalah kisah beliau dipaparkan dalam Bersamamu, barulah kita tahu dia pernah mesej. Jadi kami follow up untuk beri sumbangan” Katanya.

Netizen dan selebriti kurang senang tindakan Aliff  Syukri?

Datuk Aliff Syukri, Puteri Balqis dan Ibunya dalam sesi temubual dilaman Youtube miliknya

Segelintir warganet dan selebriti dilihat kurang senang dengan tindakan Aliff Syukri memuat naik rakaman video dilaman Youtube miliknya dan mengajukan soalan yang dianggap kurang sesuai buat pelakon cilik ini. 

Malah, ada juga yang menyifatkan tindakan Aliff Syukri ini seakan-akan mengambil kesempatan terhadap kesulitan yang dialami Puteri Balqis dan keluarganya.

Enggan dedah jumlah sumbangan

Ketika ditanya mengenai jumlah sumbangan pula, Datuk Aliff Syukri bagaimanapun enggan mendedahkan berapakah jumlah wang yang diserahkan untuk membantu Puteri Balqis dan ibunya.

Namun, beliau menegaskan bahawa beliau sendiri secara terbuka mahu membantu dan menjana pendapatan keluarga ini dalam bentuk kerjasama dan perniagaan.

” Biarlah rahsia, dan saya terbuka untuk membantu adik Balqis tapi kalau adik Balqis nak bekerjasama dalam produk dan perniagaan” Jelasnya

Malah, Aliff Syukri juga turut memberitahu sumbangan menerusi projek Terlajak Kasih ini bukan sahaja dikhaskan untuk golongan artis malah, orang awam juga. 

 

Terdahulu, Datuk Aliff Syukri dilihat tampil memberikan penjelasan mengenai isu soalan yang tidak sesuai yang diajukan oleh beliau ketika sesi temubual bersama Puteri Balqis menerusi laman Youtube miliknya pada Rabu.
Salma Syahbuddin