Categories: Eat Travel

Minuman penyejuk badan, resipi kurma merah ini semudah A, B, C!

Pastinya anda pernah melihat bahan ini di dalam sup ayam mahupun minuman lai chee kang. Luarannya nampak seperti kurma tetapi rasanya seperti kekacang.

Sesetengah orang memanggilnya kurma Cina, kurma kering, kurma merah atau jujube. Ia buah yang sama iaitu sejenis herba yang kaya dengan khasiat.

Di China kurma merah dilabel sebagai ‘raja kacang’ kerana kaya dengan nilai khasiat pemakanan. Jumlah vitamin C dalam kurma merah adalah 70 hingga 80 kali lebih tinggi daripada anggur dan epal serta kaya dengan vitamin A, vitamin B1, vitamin B2, protein, kalsium, fosforus, besi dan magnesium.

Foto: trademe.co.nz

Sebab itulah masyarakat Cina telah mengamalkan pengambilan kurma merah ini, sejak turun temurun kerana tahu manfaatnya kepada kesihatan.

Nak tahu apa kelebihan dan khasiat kurma merah?

1. Merangsang pengeluaran sel darah putih, serta meningkatkan imunisasi badan.
2. Meningkatkan imunisasi dan mengurangkan paras kolesterol dalam aliran darah.
3. Membantu melindungi hati.
4. Membantutkan sel kanser.
5. Memanaskan badan serta menambah susu badan.
6. Mengecutkan rahim.
7. Menguatkan otot-otot jantung.
8. Membantu penghadaman.
9. Merawat masalah lebihan asid dan pedih ulu hati.

Cara-cara menyediakan hidangan kurma merah bersama longan

Foto: Saji

Bahan-bahan

1 tin longan
100 gm kulat putih – rebus
100 gm kurma merah – rendam
300 gm gula perang
2 cm halia – hiris
1 liter air
Sedikit ketulan ais

Cara penyediaan

1. Masak air sehingga mendidih, masukkan gula perang dan halia. Biarkan ia masak.
2. Kemudian masukkan longan, cendawan kulat putih dan kurma merah. Kacau sebati.
3. Tuangkan ke dalam mangkuk dan masukkan ketulan ais. Hidangkan.

Yanie Baharom