Categories: Eat TravelSemarak

Nikmati Kelazatan Avocado Milkshake Yang Power Ini!

Buah avocado adalah salah satu buah yang dicipta dengan pelbagai khasiat yang memberi banyak kebaikan kepada tubuh manusia. Antara khasiat buah avocado ini adalah seperti:

1. Mencantikkan kulit

2. Menghilangkan nafas berbau

3. Baik untuk kesihatan mata

4. Mengekalkan kesihatan jantung

5. Melindungi tubuh daripada kanser

Kalau anda tak nak makan buah ini secara langsung, anda juga boleh jadikannya sebagai jus. Penulis pernah buat, memang sedap! Lagi-lagi bulan puasa ini, mungkin anda boleh jadikan avocado milkshake ini sebagai minuman anda ketika berbuka puasa. Jom kita lihat cara nak buat jus avocado ini.

Bahan-bahannya:

2 biji avocado

1/2 tin susu pekat manis

1 cawan susu segar

2 cawan ais

Cara-caranya:

1. Keluarkan isi avocado dan masukkan ke dalam mesin pengisar. Pilih buah avocado yang sudah masak atau isinya lembik.

2. Masukkan susu pekat manis, susu segar dan ais ke dalam mesin pengisar. Kisar sehingga hancur.

3. Tuangkan ke dalam gelas. Sedia untuk diminum.

Selamat mencuba!

Sumber: Kin Community

tex_admin