Categories: Trending

Letupan Disangka Mercun, lelaki VIP Ditembak!

Letupan disangka mercun rupanya sebuah tembakan! Kejadian yang berlaku di simpang Taman Sentosa, Jalan Kulim, Bukit Mertajam rupanya dipercayai melibatkan individu kenamaan (VIP).

Lelaki yang masih belum dikenalpasti identitinya itu dipercayai ditembak sekurang-kurangnya sembilan das tembakan dalam kejadian kira-kira jam 11.45 pagi tadi.

Seorang saksi mendakwa melihat sebuah kereta jenis Honda Accord terbabas di pembahagi jalan berhampiran simpang tiga di situ selepas tembakan itu dilepaskan.

Katanya, mangsa yang cedera dibantu orang ramai sebelum dihantar ke Hospital Bukit Mertajam.

Ketika ini, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid masih dalam perjalanan ke tempat kejadian dan maklumat lanjut akan dikemaskini.

SGMS Faida