Categories: Eat Travel

Nikmati Sushi King, anda berpeluang terbang ke Jepun? Wow, seronoknya!

Rangkaian restoran makanan Jepun halal terbesar di Malaysia, Sushi King kini memperkenalkan hidangan terbaharu ‘Aji & Sanma’ khusus buat penggemar makanan Jepun dan pelanggan setianya.

Japanese Aji Tempura Kiryu Udon Foto: NSTP/ROHANIS SHUKRI

Hidangan ditawarkan dalam tempoh terhad ini boleh dinikmati sekarang hingga 30 Jun ini di semua cawangan Sushi King seluruh Malaysia. Menariknya, pengunjung yang membelanjakan minimum RM60 dalam satu resit berpeluang untuk memenangi perjalanan ke Kyushu, Jepun untuk dua orang!

Foto: Sushi King

Bagi yang tertanya-tanya apa itu Aji & Sanma, ia adalah hidangan ikan berkhasiat serta lazat yang kaya dengan asid amino dan asid lemak omega-3 (EPA dan DHA). Aji atau dikenali sebagai ‘makarel kuda’ atau ‘horse mackerel’ dalam bahasa Inggeris merupakan ikan ‘blue-back’ yang cukup popular dalam kalangan masyarakat Jepun kerana manfaatnya yang bagus untuk kesihatan. Ikan ini lazimnya ditangkap di sekitar lautan Nagasaki dan Kyushu.

Sanma Kabayaki Don Foto: NSTP/ROHANIS SHUKRI

Sanma yang turut dikenali dengan nama ‘autumn swordfish’ dalam bahasa Inggeris pula menjadi makanan musim luruh yang paling popular dalam dunia kulinari Jepun. Kaya dengan protein dan asid lemak tak tepu, Sanma secara tradisinya dimakan bertujuan mempersiapkan badan supaya berupaya menerima kehadiran musim sejuk yang akan datang.

Sanma Bozushi Foto: NSTP/ROHANIS SHUKRI

Antara menu yang terdapat dalam hidangan Aji ialah Set Aji Jepun Goreng, Kiryu Udon Tempura Aji Jepun, Nigiri Aji Jepun Goreng serta Set Aji Jepun Goreng dan Tempura Udang. Bagi hidangan Sanma pula, Nanban Sanma, Nasi Kabayaki Sanma, Nigiri Kabayaki Sanma dan Bozushi Sanma adalah antara hidangan yang wajib anda cuba.

Sanma Kabayaki Nigiri Foto: NSTP/ROHANIS SHUKRI

Hidangan ikan segar yang diadun dengan rasa asli Jepun ini pasti akan memenuhi cita rasa anda. Jadi tunggu apa lagi, jom ke Sushi King berdekatan anda sekarang bagi menikmati hidangan Aji & Sanma. Mana tahu anda mungkin pemenang bertuah yang berjaya terbang ke Kyushu, Jepun.

Foto: Sushi King

Maklumat lanjut boleh didapati di www.sushi-king.com.

Ad Ops