Categories: Eat TravelSemarak

Nikmati Susu Kurma Sepanjang Ramadan Ini. Pasti Segar & Bertenaga!

Setiap kali menjelang bulan Ramadan, buah kurma pasti akan menjadi popular dan buruan ramai. Menurut kajian, permintaan terhadap buah kurma di Malaysia meningkat menjelang bulan puasa. Namun, tahukah anda bahawa kurma ini sangat bagus untuk dimakan sepanjang masa?

Penulis nak kongsikan khasiat kurma yang mungkin ada dalam kalangan anda yang tidak tahu lagi. Antaranya:

1. Menguatkan memori

2. Baik untuk ibu mengandung dan berpantang

3. Baik untuk kesihatan jantung

4. Baik untuk kesihatan tulang

5. Merawat masalah usus

Dah tahu kan khasiat kurma ini? Jadi apa kata untuk menu bersahur dan berbuka puasa, anda cuba buat resepi jus kurma dan susu ini. Pasti menyegarkan!

Foto: Astro Awani

Bahan-bahannya:

100 gram buah kurma

200 ml susu segar

2 sudu kecil gula (kalau tak nak letak pun boleh)

Ais kiub

Cara-caranya:

1. Buang biji kurma terlebih dahulu. 

2. Masukkan kurma, susu segar, gula dan ais ketul ke dalam mesin pengisar. 

3. Kemudian, kisar sehingga semua bahan tersebut hancur.

4. Sediakan cawan, dan tuang susu kurma yang sudah siap dikisar ke dalam cawan tersebut.

5. Kalau anda nak susu kurma lagi sejuk, bolehlah tambahkan sedikit ais ketul. Siap untuk dihidangkan.

Mudah sahaja kan. Bulan puasa ini tubuh badan kita sangat memerlukan makanan dan minuman yang berkhasiat. Resepi susu kurma ini sangat bagus untuk kesihatan anda sepanjang bulan Ramadan ini. Jangan lupa untuk amalkannya selalu ya! Anda boleh lihat video resepi susu kurma ini sebagai rujukan.

Selamat mencuba!

Sumber: Masak.TV

tex_admin