Categories: Eat TravelFeatured

Menu Ala Shell Out Jadi Kelainan Bufet Ramadan Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur

Sedang merancang lokasi berbuka puasa yang menarik untuk membawa keluarga anda? Jika belum menemuinya, Hijab & Heels mencadangkan anda mencuba hidangan bufet di Restoran Essence, Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur.

Lupakan soal kesesakan trafik yang sudah menjadi pemandangan biasa di kota raya Kuala Lumpur lebih-lebih lagi sepanjang Ramadan, kerana anda boleh mengunjungi hotel berkenaan dengan menaiki LRT atau Monorail kerana hotel ini berhadapan dengan Stesen Medan Tunku. Atau anda juga boleh menggunakan kenderaan awam yang lain.

Foto: Sheraton Imperial KL Hotel

Apa yang menarik, Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur tahun ini membawa kelainan dalam penyediaan hidangan berbuka puasa bagi pengunjung dan pelanggan hotel berkenaan. Di mana satu hidangan makanan laut ala-ala Shell Out diperkenalkan.

Bertemakan “Ramadhan Chefs Out”, cara ia dipersembahkan kepada pelanggan dan tetamu juga amat istimewa di samping menyajikan lebih 300 hidangan enak yang pasti menambat selera.

Foto: Hijab & Heels Archive

Lazimnya konsep bufet, kita akan mengambil sendiri makanan pilihan. Sebaliknya di Restoren Essence, sebaik saja azan Maghrib berkumandang, Chef akan datang ke meja dan menghidangkan menu istimewa iaitu Seafood Chef Out atau longgokan makanan laut yang segar seperti ketam, udang, kupang, sotong, kerang, pepahat bersama dengan 6 jenis sos seperti Butter sauce, Coriander Thai Sauce, Kam Heong Tauchu, Aglio Olio dan Kari Masala.

Untuk pengetahuan ramai, konsep sebegini pertama kali diperkenalkan di hotel-hotel dan Sheraton Imperial Kuala Lumpur adalah yang pertama tampil dengan konsep sedemikian.

Foto: Sheraton Imperial KL Hotel

Selain itu, terdapat pelbagai menu-menu istimewa yang lazat dihidangkan di atas meja sepanjang 120 meter. Antaranya adalah Ayam Panggang Percik Ala Kelantan, Sambal Daging Batang Pinang dengan Terung Pipit, Gulai Kawah Rusuk Lembu dan Asam Pedas Special.

Oleh kerana seleksi pilihan makanan terlalu banyak, anda disarankan mengambil makanan dalam kuantiti yang sederhana dan cuba untuk merasai sebanyak mungkin menu yang disediakan.

Foto: Sheraton Imperial KL Hotel

Bagi yang sukakan makanan yang dibakar, ada sudut Live Cooking Stations di mana seekor kambing golek menanti anda untuk dimakan bersama Mandi Rice.

Ada juga ikan bakar bersama Sambal Portugis, Satay Ayam dan Satay Daging. Bagi yang gemarkan makanan ala kampung, bolehlah mencuba aneka kerabu, sambal belacan, ulam-ulaman dan petai.

Foto: Hijab & Heels

Tidak lengkap rasanya mengakhiri sesi makan dengan menikmati dessert yang terdiri daripada aneka kuih-muih tradisional kek, puding, ais krim, coklat fountain dan buah-buahan.

Foto: Hijab & Heels 

Rujukan harga Bufet Ramadan 2018 Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel:

RM158 nett dewasa
RM79 nett kanak-kanak & warga tua
(kanak-kanak bawah 9 tahun percuma)

Early Bird Booking :
RM111 nett
(sehingga 16 Mei 2018)

Group Booking :
RM113 nett/adult
(30 pax & above)

Tarikh bufet ramadan : 17 May – 12 Jun 2018

Alamat :
Essence Restaurant
Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel
Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur

Untuk tempahan boleh hubungi : 03-27179933 atau email essence.venue@sheraton.com

Yanie Baharom