Categories: Eat Travel

Ketagih ayam goreng kedai mamak? Jom belajar buat sendiri!

Jika anda biasa makan nasi kandar di kedai mamak, pasti anda tahu bahawa antara menu yang digemari ramai ialah ayam gorengnya yang rangup.

Ia hampir sama seperti ayam goreng berempah tetapi rasa rempahnya tidak begitu ketara dan di sesetengah kedai, warna merah agak menyerlah.

Apabila dimakan dengan nasi putih dan kari, rasa nikmatnya tidak terhingga! Tidak pasti pula apa yang membuatkan rasanya enak sangat, namun kenyataannya ia sentiasa membuatkan penggemar ayam teringat-ingat keenakannnya walaupun sudah habis dimakan.

Cara untuk memasak ayam goreng ini senang sahaja dan anda perlu ingat, kata kunci yang menyedapkan ayam ini ialah bahan perapannya. Jadi anda perlu pastikan anda menggunakan ramuan yang betul.

Jika anda berminat untuk menyediakannya di dapur sendiri, rujuk resipi di bawah ini. Selamat mencuba!

Foto: Bidadary.my

Bahan

  • 1 ekor ayam
  • 6 sudu besar tepung jagung
  • 6 sudu besar tepung beras
  • 3 tangkai daun kari
  • 6 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 5 biji cili kering
  • 2 sudu besar serbuk kari
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar serbuk lada sulah
  • Garam secukup rasa

Cara penyediaan

1. Kisar bawang putih, halia, cili kering, serbuk kari, telur, garam dan lada sulah.

2. Perap ketulan ayam dengan bahan yang telah dikisar, serta tepung beras, tepung jagung dan daun kari selama sejam. Lagi lama anda memerapnya, lagi sedap!

3. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga masak dengan api kecil atau sederhana.

 

Sumber: Mamamiaw

Ad Ops