Categories: HiburanSelebriti

‘Nak Dapat Jodoh Baik, Diri Sendiri Kena Baik’-Along Cham Fob Berkahwin?

Selepas bercerai pada tahun 2016, pelawak Along Cham mengaku sehingga kini masih belum bertemu pengganti sesuai.

Kata Along ketika ditemui di majlis pelancaran filem Tiada Tajuk, Along memaklumkan tidak serik berkahwin semula cuma sedikit fobia.

“ Bukan tak pernah fikir cuma banyak aspek yang perlu difikirkan sebelum berkahwin semula. Saya mahu seimbangkan apa yang ada lebih-lebih lagi anak, Ahmad Danial.

“ Saya percaya untuk mendapatkan jodoh baik kita perlu tanya diri adakah kita cukup baik? Jadi saya perlu memperbaiki diri lebih baik untuk mendapatkan yang terbaik,” katanya kepada XTRA.

Berkongsi kisah tentang anak, Along menjelaskan Ahmad Danial kini bersekolah di sebuah Madrasah di Johor Baharu.

“ Saya banyak habiskan wang untuk pendidikan anak. Pada awalnya, Danial dimasukkan ke sekolah antarabangsa tetapi ibu saya menasihatkan agar dia menerima pendidikan agama asas yang mantap.

“ Kadang-kadang di rumah ada waktu saya pakai seluar pendek, ada juga dia tarbiah tentang aurat. Saya harapkan yang terbaik untuk Danial di dunia dan akhirat,” akhirinya.

Terdahulu, Along berkahwin dengan penyanyi Zila Seeron pada Januari 2010 dan bercerai 29 Ogos 2016 di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling.

SGMS Faida