Eat Travel By: Ad Ops November 26, 2018 @ 12:00pm

Pilih Sendiri Dua Perisa Kegemaran Anda Untuk Hasilkan Cookie Swirl Ini

Jika anda merasakan resepi biskut yang anda pernah cuba macam lebih kurang sama saja, anda boleh cuba resipi di bawah ini.

Jangan takut! Biskut ini bukannya sukar untuk dibuat, tapi sebaliknya ia lain daripada yang lain.

Dan yang menariknya, anda boleh pilih mana-mana dua perisa yang anda suka, dan gabungkannya menjadi satu jenis biskut! Syoknya!

Biskut ini dinamakan Cookie Swirl disebabkan oleh pusaran dua perisa yang bergabung. Bila anda gigit, dua-dua perisa ini akan mewujudkan rasa yang mengasyikkan di dalam mulut.

Jom ikuti resipi di bawah untuk cuba. Video di bawah ini adalah tutorial yang menggunakan mentega kacang dan krim coklat hazelnut. Anda boleh guna ramuan yang lain jika nak.

Bahan-Bahan

  • 1 cawan mentega tanpa garam, dilembutkan (225 gram)
  • 1 ½ cawan gula (300 gram)
  • 1 telur gred A
  • 1 sudu kecil ekstrak vanila
  • 2 ¾ cawan tepung serbaguna (345 gram)
  • 1 sudu kecil baking soda
  • ½ sudu kecil serbuk penaik

Pilih dua antara perisa-perisa ini untuk satu resipi biskut

  • ½ cawan mentega kacang (120 gram)
  • ½ cawan krim coklat hazelnut (150 gram)
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • ¼ cawan jem strawberi (80 gram)
  • ¼ cawan cream cheese (55 gram)
  • ½ cawan wafer biskut coklat (50 gram)
  • ½ cawan isi krim biskut (115 gram)
  • ½ cawan rainbow sprinkles (80 gram)
  • ½ cawan white chocolate, dicairkan (85 g)

Cara Penyediaan

  1. Di dalam mangkuk sederhana, pukul mentega dan gula dengan hand mixer hingga ia menjadi gebu dan ringan.
  2. Tambahkan telur dan ekstrak vanila, dan mix lagi hingga betul-betul sebati.
  3. Tambahkan tepung, baking soda dan serbuk penaik, dan mix hingga dough menjadi berketul halus tapi tak bercerai-berai bila diramas.
  4. Bahagikan dough kepada dua. Pilih dua perisa dan masukkan setiap satunya ke dalam mangkuk. Campurkan setiap satu dengan dough yang telah dibahagikan tadi. Gaul hingga sebati.
  5. Uli dan roll setiap dough di antara dua keping kertas minyak hingga ia menjadi setebal ¼ inci (6mm). Letakkan kedua-duanya di dalam peti sejuk selama 30 minit.
  6. Letakkan satu keping dough di atas dough satu lagi dan gulung kedua-duanya menjadi swirl. Balut dengan plastic wrap dan simpan di dalam peti sejuk hingga keras, iaitu selama 4 jam.
  7. Panaskan oven ke 180°C. Lapikkan loyang dengan kertas minyak.
  8. Buka balutan plastik dari dough, dan potong sebesar 1cm tebal. Letakkan kepingan swirl ini di atas loyang dan pastikan ada jarak sekurang-kurang 5cm di antara setiap satu, kerana biskut ini akan mengembang di dalam oven.
  9. Bakar selama 10 minit. Biarkan sejuk ke suhu bilik selama lebih kurang 30 minit.

Selamat mencuba!

Sumber: Tasty

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Fri, 28 Dec 2018

21 Undang-Undang Pelik Di Negara Lain Yang Anda Mungkin Tak Pernah Dengar

Jadi nanti bila anda mengunjungi tempat-tempat ini, hati-hati ya!

Eat Travel Thu, 26 Jul 2018

Marvelous Betul Kerabu Kerang Ala Thai Ini! Memang Jilat Jari Punyalah

Kalau nak pedas, tambah lagi cili padi. Baru syok makan!

Eat Travel Fri, 8 Jun 2018
Eat Travel Tue, 17 Jul 2018
Eat Travel Sun, 18 Aug 2019
Eat Travel Tue, 17 Jul 2018
Eat Travel Sun, 22 Mar 2020
Eat Travel Tue, 15 May 2018

10 Foto Pantai-Pantai Tercantik Di Dunia, No. 4 Paling Gorgeous

Jom nikmati dan kagumi ciptaan Tuhan dengan melihat foto-foto pantai yang paling gorgeous di dunia.

Eat Travel Fri, 19 Oct 2018

Inilah 10 Syarikat Penerbangan Terbaik Di Seluruh Dunia

Gunakan info ini untuk book tiket penerbangan anda yang seterusnya.