Categories: Eat Travel

Resepi Sup ‘Antibiotik’ Untuk Ganti Ubat Demam & Selesema

Tahukah anda dengan menyediakan sup ‘antibiotik’ boleh membantu sembuhkan anak yang sedang demam dan selesema? Ajaib kan?

Doktor selalu berpesan kalau anak demam, pastikan mereka cukup cecair dalam badan untuk mengelakkan daripada berlakunya dehidrasi. Penulis faham, memang sukar nak pujuk si manja untuk makan dan minum semasa mereka tidak sihat, lagi-lagi kalau mereka batuk dan selesema. Memang tiada selera langsung! 

Kalau anda nak tahu, kanak-kanak yang tidak sihat selalunya hanya boleh menerima makanan yang mudah ditelan seperti sup. Ini kerana, sup dapat mengembalikan kesegaran badan yang lesu.

Jadi, apa kata anda masakkan sup ‘antibiotik’ yang mengandungi bahan-bahan semula jadi seperti bawang putih yang terkenal dengan bahan merawat pelbagai penyakit. Nak tahu resepinya? Jom semak!

Bahan-bahannya

5 biji bunga pelaga

5 hingga 7 biji bunga cengkih

4 ulas bawang putih, dihiris halus

1 biji bawang besar, dihiris halus

3 biji lada hitam

3 cawan air

1 batang lobak merah, dipotong bulat atau dadu

1 biji kentang, dipotong dadu

Isi ayam, dipotong dadu

Sedikit ikan bilis yang ditumbuk

Cara memasak

1. Tumiskan bawang putih, bawang merah dan semua rempah sehingga naik bau.

2. Masukkan semua bahan yang lainnya termasuklah ayam dan air.

3. Biarkan ia mendidih dan campurkan sedikit garam.

4. Siap untuk dihidangkan untuk si manja!

Tip

1. Sebaiknya, tumis menggunakan minyak zaitun.

2. Untuk sumber karbohidrat, anda boleh masukkan mihun atau makaroni

3. Masukkan sedikit daun sup untuk lebih harum.

Selamat mencuba!

Sumber: Majalah Pa&Ma

tex_admin