Categories: Eat Travel

Resipi Cucur Lobak Merah ini sesuai untuk sarapan pagi anak anda

Oleh Syarifah Fatin Anisa

Lobak merah adalah sayuran yang bukan sahaja enak, malah mempunyai khasiat yang membantu perkembangan minda anak anda.

Jika anda seorang wanita bekerjaya, anda pasti menghadapi masalah kekangan masa dalam menyediakan makanan yang berkhasiat buat anak.

Lempeng Lobak Merah ini bukan sahaja mudah untuk disediakan, malah anda boleh menyimpan adunannya di dalam peti sejuk untuk disediakan pada setiap pagi.

Jadi kreatif dengan menambah bahan lain seperti sosej dan sebagainya pada setiap hari.

Foto: ChipotlePotato

Bahan Cucur

1 cawan tepung serbaguna

1 sudu kecil serbuk penaik

1 sudu kecil garam

1/2 sudu kecil serbuk kulit kayu manis 

1/2 sudu serbuk buah pala

1/2 sudu halia cincang

1 biji telur

1 sudu besar gula perang

1 sudu kecil ekstrak vanila

2 cawan lobak merah yang diparut

3 sudu besar mentega

Cara penyediaan

1. Letakkan kesemua bahan kering seperti tepung, serbuk penaik, soda bikarbonat, garam, kulit kayu manis, buah pala, lobak merah dan halia ke dalam mangkuk yang besar.

2. Seterusnya, pukul telur dan letakkan ke dalam mangkuk yang lebih kecil bersama gula perang, mentega dan ekstrak vanilla.

3. Campurkan bahan tersebut ke dalam bahan kering tadi dan gaul sebati.

4. Setelah itu, cairkan mentega ke dalam kuali dengan api yang sederhana.

5. Gunakan senduk kegemaran anda dan bentukkan adunan menjadi lempeng ke dalam kuali.

6. Setelah masak, balikkan lempeng berkenaan dan tunggu sehingga kekuning-kuningan.

7. Angkat dan hidangkan bersama sos cili atau krim keju.

Cubalah!

tex_admin