Categories: Eat Travel

Resipi sambal laici, pelik tapi memang menyelerakan!

Buah laici sememangnya sedap dibuat air, puding, koktel serta pencuci mulut yang lain. Bagaimanapun, pernahkah anda dengar buah laici dibuat sambal?

Macam mana agaknya rasa laici dibuat sambal ya? 

Hijab & Heels berpeluang mencuba sambal laici yang disediakan khas oleh cef di Hotel Tenera, Bangi. Rasanya yang ‘manis manis pedas’ memang sedap! Menu ini merupakan sesuatu yang unik dan harus dicuba oleh semua.

Bahan yang digunakan tidak banyak dan penyediaannya juga memang sangat mudah. Jom lihat resipi sambal laici di bawah. 

Bahan-bahan:

50 gram cili merah

30 gram cili api hijau

Belacan (terpulang sukatan yang disukai)

6 ulas bawang putih

Beberapa biji buah laici (mengikut citarasa anda)                     

Cara penyediaan:

  1. Masukkan cili padi, belacan dan bawang putih.
  2. Tumbuk sehingga lumat
  3. Kemudian, masukkan cili merah dan tumbuk sehingga lumat.
  4. Seterusnya, hiris laici dan masukkan ke dalam sambal. Tumbuk sehingga lumat.

Sambal laici sedia untuk dinikmati bersama nasi putih atau hidangan lauk pauk kegemaran anda. Rasanya memang menyelerakan!

Bagi video penuh cara penyediaan sambal laici, anda boleh layari YouTube Hijab & Heels. Selain sambal laici, cef turut berkongsi resipi sambal gesek dan juga sambal cuka epal.

Kalau tak tengok memang rugi! Anda juga boleh lihat video resipi-resipi menarik yang lain di siaran Youtube kami. Selamat menonton dan memasak!

Ad Ops