Categories: Gaya Hidup

Panjang umur seperti Tun M dan Tun Siti Hasmah, amalkan 22 tip ini!

Pepatah Inggeris ada berbunyi “only the good die young” (Hanya yang baik mati muda).

Pepatah itu berasal dari seorang sejarawan Greek bernama Herodotus yang hidup pada 445 Sebelum Masihi. Beliau menulis “Whom the gods love dies young” (Orang yang tuhan sayang mati muda).

Menurut konteks ajal dan maut dalam kehidupan seorang Muslim, kematian adalah ketentuan Allah SWT iaitu tidak akan berganjak walau sesaat pun sebaik Malaikat Maut diutuskan untuk mencabut nyawa seseorang.

Ada yang pergi secara syahid, ada pula yang meninggal kerana sakit, juga saat sedang berbuat baik dan beramal, malah ada yang dicabut nyawanya dalam keadaan aib.

Apa yang pasti kita tidak akan tahu di mana kita di sisi Tuhan Yang Esa. Amalan dan kebaikan kita saja mampu memberi jaminan pada  hari pengakhiran.

Bagaimanapun, amalan gaya hidup sihat dapat mengurangkan risiko penyakit seperti penyakit jantung dan strok yang dikatakan antara punca utama kematian membabitkan pesakit muda di negara ini.

Dua penyakit itu amat berkait rapat dengan emosi dan gaya hidup seseorang itu. Tidak hairanlah jika diperhatikan, zaman nenek moyang kita dulu ramai yang umurnya panjang.

Mereka juga bebas daripada penyakit tiga serangkai, iaitu kencing manis, darah tinggi dan jantung yang menjadi masalah terbesar orang Malaysia. kajian menunjukkan penyakit berkenaan berkait rapat dengan pemakanan yang diambil selain faktor gaya hidup sihat.

Foto: straitstimes

22 Tip Panjang Umur

1. Sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah. Jangan bandingkan hidup kita dengan orang lain.

2. Jangan mempunyai pemikiran yang negatif terhadap perkara yang kita tidak suka. Sebaliknya fokus pada perkara positif yang kita miliki.

3. Jangan memaksa diri melakukan perkara yang membuatkan kita menderita. Bersederhana adalah yang terbaik.

4. Usah serius sangat, sekali sekala perlu bergurau senda.

5. Hentikan sikap suka bergosip.

6. Buang sikap dengki dengan orang lain. Penyakit iri hati ini boleh membuatkan anda kemurungan, menghidap penyakit hati, darah tinggi dan jantung.

7. Lupakan kisah silam, jangan ungkit kesilapan pasangan. Ia akan memusnahkan hubungan dan kegembiraan dalam rumah tangga.

8. Buang perasaan benci terhadap orang lain kerana ia boleh menyebabkan hilang seri wajah.

9. Murahkan senyuman, kerana sentiasa berfikiran positif akan membuatkan anda gembira.

10. Hubungi keluarga dengan kerap.

11. Maafkan orang lain dan berbuat baik setiap hari.

12. Luangkan masa berbual dengan orang tua dan kanak-kanak.

13. Utamakan Allah dalam segala urusan. Percayalah Allah pasti akan memudahkan urusan kita yang lain.

Foto: Mingguan Wanita

14. Buang perkara yang tidak menggembirakan hati.

15. Usaha dulu baru berdoa. Hasil akan datang, yakinlah.

16. Bila terjaga dari tidur, sentiasa ucapkan Alhamdulillah.

17. Makan sedikit tapi kerap. Jangan tidur dalam kekenyangan.

18. Pandangan orang terhadap kita bukan urusan kita. Selagi kita buat benda yang betul, pedulikan.

19. Jangan bekerja sehingga lupa solat dan mengabaikan keluarga.

20. Selalu berzikir dan baca al-Quran

21. Amalkan pemakanan sihat terutama makanan sunah Rasulullah.

22. Rajinlah bersenam, sebagaimana Tun Dr Mahathir Mohamad  (Tun M) dan Tun Dr Siti Hasmah.

Foto: Twitter

Yanie Baharom