Categories: Eat Travel

Roti Canai ‘Terbang’, Antara Menu Wajib Bila Holiday Ke Melaka!

Negeri Melaka merupakan antara negeri yang kaya dengan sejarahnya tersendiri. Bukan itu sahaja, negeri Melaka juga mempunyai banyak tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi. Tidak hairanlah ramai yang menjadikan negeri ini sebagai destinasi pelancongan mereka! Biasanya, Melaka terkenal dengan hidangan asam pedas kan? Bukan itu saja makanan yang boleh anda cuba ya, banyak lagi makanan yang boleh anda nikmati apabila berkunjung ke negeri ini.

Antara menu yang best dan dengar macam pelik adalah ‘Roti Canai Terbang’! Hmmm mesti anda tengah fikir macam mana roti itu boleh terbang kan? So, kalau anda nak tahu bolehlah berkunjung ke Restoran Roti Terbang Kampung Enam, Bachang, Melaka. Menariknya, apabila anda ke restoran ini, bukan sahaja dapat menikmati makanan, tetapi akan dihiburkan dengan persembahan roti canai terbang! Mesti anda terpukau!

Foto : Roti Canai Terbang Facebook

Menu wajib yang perlu anda cuba adalah:

Roti Jepun : RM4.30

Nasi Lemak Biasa : RM3

Nasi Lemak Ayam : RM6

Nasi Putih + Asam Pedas RM9

Untuk pengetahuan anda, persembahan roti canai terbang adalah sebanyak empat kali sehari dan roti canai yang diterbangkan tidak disajikan kepada pelanggan. Jom tengok video persembahan roti canai terbang ini.

Menarik kan? Jom try makan roti canai dekat restoran ni! Ini alamat yang boleh anda rujuk jika ingin ke restoran ini ya.

Roti Terbang Kampung Enam

Alamat: T487, Kampung Enam, Bachang, 75300 Malacca, Melaka

Google Map: https://goo.gl/Fi2YQL

Waktu perniagaan: 6pm – 2am (Ahad tutup)

Tel: 012-258 4207

Sumber: MymakanTv

tex_admin