Categories: HiburanSelebriti

Tak Suka Wanita Kahwin Suami Orang – Che Ta

Kenapa perlu kahwin suami orang. Kenapa perlu rampas suami orang. Orang yang akan menghancurkan hidup perempuan adalah perempuan itu sendiri” ujar Rozita Che Wan mengenai mereka yang rampas suami orang. Jelas pelakon yang lebih mesra dipanggil dengan panggilan Che Ta ini, sebagai seorang wanita, mereka tidak dapat menghalang suami berkahwin dengan wanita lain, tetapi boleh menghalang diri untuk berkahwin dengan suami orang.

“Kalau kita kahwin dengan lelaki bujang, kita tak boleh nak halang kalau suami nak berkahwin lain. Tapi kita sebagai wanita, boleh halang diri kita untuk berkahwin dengan suami orang. Malah saya sendiri tidak menghalang poligami. Cuma kalau kita tahu lelaki tersebut sudah berkahwin, kita elakkan”

“Saya memang tak suka wanita yang rampas suami orang. Bukannya apa, takut nanti kena kat kita balik. Itu sebab saya takut orang ambil laki (suami) kita,” selorohnya ketika ditemui pada majlis pengenalan duta  di sebuah hotel di ibu negara, sebentar tadi.

 

SGMS Enal