Categories: Eat Travel

Singapura Perkenalkan Kad Ketibaan Elektronik Bagi Pelancong Asing

Jika anda ada perancangan untuk melawat negara Singapura selepas ini, tak kiralah untuk kerja atau liburan, anda beruntung kerana trip anda akan menjadi lebih mudah daripada dulu!

Bagi anda yang pernah pergi, ingat tak masa anda kena melalui imigresen di lapangan terbang Changi? Kadangkala anda kena beratur panjang, kan?

Bermula sekarang, proses ini akan menjadi lebih senang kerana pengunjung tak perlu lagi nak mengisi borang ketibaan di kaunter-kaunter imigresen. Sebaliknya mereka hanya perlu ada “kad ketibaan elektronik”.

Yesss, sekarang ini semuanya dah serba elektronik! Teruskan baca untuk mengetahui bagaimana ia berfungsi.

1. Sistem ini adalah dalam tempoh percubaan selama 3 bulan

Perubahan ini diumumkan baru-baru ini supaya proses imigresen berlaku dengan lebih lancar. Ini bermakna anda tak perlulah sibuk mencari pen dan nak mengisi borang kecil itu!

Sekarang ini percubaan sedang dijalankan oleh Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) untuk pelancong asing selama 3 bulan dari 4 Oktober 2018 di kebanyakan checkpoint udara, darat dan laut, seperti:

  • Woodlands
  • Tuas
  • Lapangan Terbang Changi
  • Singapore Cruise Centre
  • Terminal Feri Tanah Merah
  • Terminal Feri Changi Point
  • Terminal Feri Changi

2. Pelancong perlu submit info peribadi dan butiran perjalanan ke laman web atau aplikasi telefon pintar ICA

Senang saja! Semua ini perlu anda settle sebelum anda mendarat di Singapura. Bila dah sampai, anda hanya perlu tunjukkan passport di kaunter imigresen untuk pelepasan.

Walau bagaimanapun, warga Singapura, penduduk tetap atau pemegang pas jangka panjang (pelajar atau pekerja) yang akan pulang ke Singapura tak perlu melalui proses ini kerana mereka tak perlukan kad ketibaan ini.

3. Ia mesra-pelancong dan mudah!

Memang padanlah dengan teknologi sekarang yang dah semakin moden. Malah ia memang senang untuk digunakan. 

Aplikasi ini disediakan dalam pelbagai jenis bahasa asing, dan ia membenarkan sesiapa yang melancong secara berkumpulan untuk membuat satu kali submission.

Bukan itu saja, info perjalanan seperti detail penerbangan dan alamat di Singapura akan direkod untuk semua individu dalam kumpulan tersebut. Pelancong juga boleh menyimpan info yang dihantar untuk trip yang akan datang. Memang jimat masa!

Sama ada anda melawat Singapura melalui penerbangan, feri atau kereta/motosikal, sistem kad elektronik akan dilaksanakan untuk semua jenis pengangkutan.

Foto: Facebook ICA

ICA juga berkata tindakan ini akan membantu ke arah pelepasan imigresen tanpa kertas yang akhirnya akan menjimatkan penggunaan sehingga 48 juta helai kad kertas setiap tahun!

Jom sokong inisiatif ini, okay? Untuk info lanjut, lawati www.ica.gov.sg.

Sumber: Have Halal Will Travel

Ad Ops