PANAS! Minta Maaf Atau… Aishah Bagi Masa Seminggu Kepada Vida

Penyanyi Aishah memberi tempoh tujuh hari kepada jutawan terkenal, Datuk Seri Hasmiza Othman atau Datuk Vida untuk memohon maaf atas kemelut yang terjadi sejak beberapa bulan ini.

Dalam masa sama, Aishah mahu Vida bertanggungjawab di atas apa yang telah dilakukan sebelum ini iaitu berkenaan harga rantai berlian itu yang dilaporkan palsu dan bukan seperti yang digembar-gemburkan.

“ Surat tuntutan telah dihantar hari ini di mana dua tuntutan telah dibuat iaitu seutas rantai berlian asli dengan nilai RM 80,000 seperti yang dihebohkan manakala tuntutan kedua sebuah permohonan maaf terbuka atas reprsentasi salah berhubung rantai sebelum ini,” kata peguam, Mohammad Izwan Azmi yang mewakili penyanyi itu.

Aishah yang ditemui di sidang media pagi tadi memaklumkan sekiranya tiada sebarang tindakan diambil, dia tidak teragak untuk mengenakan tindakan undang-undang.

“ Ini untuk sedarkan pihak penaja dan badan penyiaran agar tidak terus membuli artis demi rating dan kepentingan saja.

“ Sampai bila artis akan ditipu dan dibuli? Ramai yang ambil pendekatan diri dengan berdiam diri tapi persoalannya sampai bila?,” soalnya tegas.

Pelantun Janji Manismu ini mula mempersoalkan ketulenan rantai emas diterimanya pada akhir Ogos lalu di mana hadiah itu merupakan tajaan jutawan terkenal itu. 

SGMS Faida