Categories: Eat TravelSemarak

Tak Perlu Cari Hingga Ke Terengganu. Jom Belajar Buat Keropok Lekor. Mudah Sangat!

Kalau ke Terengganu, pasti tidak lupa bawa pulang keropok lekor. Pengalaman penulis sendiri, biasanya tak kurang dari RM100 belanja keropok lekor sampaikan ada yang tanya kenapa beli banyak-banyak?

Memanglah kalau dapat peluang membeli tu selalunya borong terus, selain untuk dimakan sendiri, ia turutturut dibe kepada parents, adik-beradik juga kepada teman-teman yang kirim.

Lagipun, tak akan ada keropok lekor di Kuala Lumpur ini yang dapat menandingi kelazatan keropok lekor Terengganu. Memandang susah nak dapat keropok lekor yang betul-betul sedap, penulis ingin kongsi resipi keropok lekor homemade dengan pembaca which is anda boleh cuma mencubanya di rumah.

Paling mustahak, rahsia resipi keropok lekor itu sedap adalah campuran ikan yang banyak. Kalau isi ikan tidak banyak atau tepung lebih banyak daripada isi ikan maka tak kick! lah keropok anda.

Bahan-bahan

1 mangkuk atau bersamaan 1 kilogram ikan kembung/selayang (ikan sardin) yang diambil isinya saja, buang kulit nipis dan tulang.

1/2 mangkuk tepung ubi/sagu (tepung biar sama banyak dengan ikan)

2 sudu makan tepung gandum

2 sudu kecil garam

2 sudu kecil serbuk perasa (ajinamoto)

Cara membuatnya

1. Tumbuk isi ikan sampai halus guna lesung atau boleh juga gunakan pengisar. Cumanya, hasil adunan lebih sedap jika ikan ditumbuk menggunakan lesung batu. Nota : Jika guna pengisar, tambah sesudu air untuk mudahkan proses mengisar.

2. Gaul semua bahan kering; tepung dengan serbuk perasa dan garam.

3. Masukkan dalam mangkuk isi ikan dan uli sampai jadi doh.

4. Ambil sedikit doh, kepalkan kecil-kecil.

5. Taburkan tepung atas papan atau dulang, supaya semasa menggentel doh tadi tidak melekat.

Nota : Doh memang akan lembut sikit tapi inilah yang akan menghasilkan keropok yang lembut dan sedap. Barulah ada rasa manis-manis ikan.

6. Kemudian gentel doh kecil tadi panjang-panjang.

Nota : Ikut cita rasa bentuknya sama ada mahukan panjang atau bulat.

7. Didihkan air dalam periuk.

8. Rebuskan doh yang sudah dibentuk tadi sehingga masak.

Nota : Doh yang dah masak akan timbul ke permukaan

9. Angkat dan toskan airnya

Foto: lekor.my

Nota tambahan:

Bagi yang tidak suka direbus, anda boleh menggoreng sebaik siap menggentel. Pastikan keropok tenggelam dalam minyak.

Mudah saja bukan? So apalagi ladies, rajin-rajinlah ke dapur dan mencuba resipi keropok lekor homamade yang telah dikongsi. Boleh dihidang semasa berbuka nanti. 

Sekiranya anda kurang pasti,  tak usah gusar kerana anda boleh merujuk lampiran video di bawah. Langkahnya sama cuma resipi saja yang berbeza.  Selamat mencuba!

Sumber video :  YouTube

Yanie Baharom