Categories: Eat Travel

Tidak perlu kacau adunan, ini resipi ‘burnt cheese cake’ paling mudah dan sedap

Buat peminat kek keju, anda pasti pernah menikmati burnt cheese cake atau kek keju hangus yang menjadi kegilaan ramai. Keenakan rasa kek keju yang lemak berkrim membuatkan sesiapa sahaja yang menikmatinya boleh jatuh cinta pada gigitan pertama.

Kredit gambar: Pinterest

Bagaimanapun, jika dibeli di kedai kek, harga kek keju hangus boleh tahan juga mahalnya. Bayangkan jika anda tiba-tiba mengidam, memang berfikir banyak kali juga untuk membeli memandangkan harga sepotong pun boleh mencecah belasan ringgit.

Kredit gambar: Pinterest

Jangan risau, buat sahaja sendiri di rumah kerana kek keju hangus adalah antara pemanis mulut yang sangat mudah disediakan dan bahannya juga senang diperoleh.

Memang puas makan, berbaloi dan menjimatkan. Jom lihat resipi kek keju hangus perkongsian Seera Maheran di Facebook miliknya.

Resipi kek keju hangus yang dibuat beliau hanya menggunakan lima bahan sahaja. Paling penting, anda tidak perlu lenguh tangan mengacau adunan dengan senduk atau mengunakan mesin pengadun atau mixer kerana resipi ini hanya menggunakan mesin pengisar sahaja.

Kisar kesemua adunan sehingga sebati, bakar dan siap. Memang jimat masa dan tenaga. Jom lihat bahan serta cara membuatnya.

Bahan yang diperlukan:

Kredit gambar: Facebook Seera Maheran

250 gram cream cheese
½ cawan whipping cream
½ cawan gula
2 sudu besar tepung gandum
3 biji telur

Cara penyediaan:

1. Masukkan kesemua bahan dalam mesin pengisar dan kisar sehingga sebati.

Kredit gambar: Facebook Seera Maheran

2. Tuang adunan ke dalam loyang berukuran 5 inci (jika tiada loyang boleh guna kerajang aluminium – rujuk gambar) dan bakar menggunakan air fryer pada suhu 180 selama 25 minit. Jika tiada air fryer boleh gunakan ketuhar dan panaskan suhu 200 darjah Celsius serta bakar kira-kira 40 ke 50 minit.

Kredit gambar: Facebook Seera Maheran

3. Sejukkan kek semalaman dalam peti ais untuk nikmat yang lebih ummphh.

Kredit gambar: Facebook Seera Maheran

Selamat mencuba!

Ad Ops