Eat Travel By: Yanie Baharom November 29, 2018 @ 5:00pm

Tidak Perlu Ke Greece, Kini Anda Boleh Nikmati Pengalaman Santorini Di Thailand

Jika di Bukit Tinggi, Pahang, menawarkan ambience seolah berada di Colmar, Perancis buat para pengunjung, lain pula ceritanya dengan Santorini Park yang membawakan pengalaman seperti berada di Greece.

Tambah mengujakan, taman tema ini terletak di negara jiran Thailand. Ini bermakna ia lebih mudah diakses buat pengunjung di Malaysia yang merancang percutian yang tidak terlalu mewah.

Foto: KKday

Taman tema yang dibuka pada May 2012 oleh Pene House Group ini, diinspirasikan daripada rekaan bangunan Santorini, Greece.

Bukan saja kesamaan dapat dilihat dari segi karakter seni bina banggunan, bahkan ia di cat dengan warna putih dan biru yang menjadi ikonik Santorini di Greece.

Mengulas lebih lanjut mengenai Santorini Park, ia dibahagi kepada beberapa tempat di mana pengunjung berpeluang merasai seolah berada di Greece ketika berada di Village Zone.

Buat adrenaline junkie, aktiviti seperti wall climbing dan bungee jumping sangat bertepatan dengan kehendak anda.

Apabila sudah penat melakukan aktiviti atau sebelum memulakan penerokaan anda di Santorini Park, make sure berhenti seketika untuk menikmati hidangan menarik di restoran yang terdapat di kawasan sekitar taman tema.

Foto: Tempat Wisata

Foto: hitztours.com

Foto: Trip101

Tidak sah pulang tanpa membawa balik ole-ole untuk keluarga dan teman-teman, pengunjung boleh mendapatkannya di Weekend Art Market. Pelbagai cenderamata dan barangan kraf tangan ditawarkan diselang seli dengan barangan jualan berkonsepkan Greece dan Thailand.

Bagi pasangan yang ingin berbulan madu dan sedang mencari tempat romantik, bolehlah berkunjung ke sini. Usah risau soal penginapan, kerana Santorini Park menawarkan hotel khusus buat para pengunjung.

Foto: cynthia felicia

Sumber: Malaysian Flavours

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Mon, 4 Jun 2018

12 Jenis Kuih Raya Yang Paling Popular Setiap Kali Hari Raya Aidilfitri

Barulah syok beraya kalau dapat makan semua jenis biskut raya yang legend ini!

Eat Travel Thu, 26 Mar 2020

Gedung buku, destinasi ilmu yang menarik untuk diteroka

Bawa ahli keluarga ‘bercuti’ dalam lautan ilmu

Eat Travel Sun, 17 Jun 2018

Suhu Mencecah 8°C, Kafe Di Pulau Pinang Ini Bakal Buat Anda Beku!

Dekorasi dalamannya yang mempamerkan ukiran dan sculpture ais, pastinya membuatkan anda terasa seakan berada di kutub Utara.

Eat Travel Wed, 31 Oct 2018

Aiskrim Dalam Claypot? Wow Uniknya!

Lupakan keropok lekor, jom serbu Bunnyster Cafe!

Eat Travel Wed, 31 Jul 2019
Eat Travel Fri, 12 Apr 2019
Eat Travel Tue, 16 Oct 2018
Eat Travel Fri, 28 Sep 2018
Eat Travel Sun, 15 Jul 2018
Eat Travel Tue, 31 Jul 2018

Wow! Kini Ada Burger Kangkung Sambal Belacan. Memang Terangkat Habis!

Bagi anda yang ‘hantu pedas’ memang wajib cuba burger ini. Terangkat habis!