Eat Travel By: tex_admin April 12, 2019 @ 12:56pm

Resipi ‘Poached Egg’ versi Turki ini buka selera anda untuk bersarapan!

Oleh Syarifah Fatin Anisa 

Lupakan nasi lemak dan cuba resipi telur separuh masak ini!

Ia sesuai untuk dimakan bersama roti bakar atau sebarang jenis roti yang anda suka.

Ia sebenarnya adalah makanan tradisi dari Turki yang digelar sebagai çılbır atau ‘chulburr’ dan sering dinikmati oleh rakyat di sana pada waktu pagi.

Kuah mentega yang dimasak bersama kepingan cili dan telur separuh masak ini pasti akan membangkitkan selera pada waktu pagi.

Berikut resipi dan cara penyediaannya.

Bahan A

200 gram dadih jenis Greek

Seulas bawang putih (ditumbuk halus)

Satu sudu teh garam laut

Bahan B

Dua sudu besar mentega tanpa garam

Satu sudu besar minyak zaitun

Satu sudu besar serbuk cili Aleppo (Anda boleh gunakan apa saja jenama)

Bahan C

Dua biji telur yang disimpan dalam peti sejuk terlebih dahulu

Dua sudu kecil jus lemon

Setangkai Dill (jika ada)

Bahan D

Roti bakar

Cara memasak

1. Gunakan periuk untuk memanaskan bahan A dan aplikasikan teknik double boiling.

2 Isikan separuh air ke dalam periuk dan biarkan ia mendidih. Seterusnya, letakkan mangkuk bahan A ke dalam periuk yang berisi air yang mendidih.

3. Kacau bahan A  sehingga mencapai suhu badan atau tidak terlalu panas dan mempunyai konsistensi menyerupai krim putar.

4. Seterusnya, cairkan mentega dalam kuali berlainan sehingga bertukar kekuning-kuningan.

5. Matikan api dan letakkan serbuk cili Aleppo dan ketepikannya.

6. Bagi poached egg, gunakan periuk kecil dan isikan air sebanyak 100 ml dan biarkan ia  mendidih.

7. Pecahkan telur ke dalam mangkuk kecil dan tuangkan jus lemon ke dalamnya, khususnya ke bahagian putih pada telur.

9. Apabila air mendidih, letakkan mangkuk berisi telur  perlahan-lahan dan kecilkan api,  biarkan tiga hingga empat minit sehingga putih telur kelihatan keras dan bahagian kuningnya kelihatan cair.

10. Menggunakan sudu, pindahkan telur ke dalam pinggan yang disediakan terlebih dahulu. Jika anda mempunyai senduk yang berlubang-lubang, ia boleh digunakan untuk menapis lebihan air pada telur.

12. Tuang dadih berkrim ke dalam pinggan, biarkan ia mengelilingi telur  dan akhir sekali, tuangkan mentega yang dicampur dengan serbuk cili dan taburkan daun dill yang dicencang.

13. Nikmatinya dengan roti yang sudah dibakar.

Bagi memudahkan pemahaman, lihat video resipi oleh Nigella Barker ini!

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Wed, 8 May 2019
Eat Travel Wed, 20 May 2020
Eat Travel Sat, 18 Apr 2020
Eat Travel Thu, 16 Apr 2020
Eat Travel Fri, 29 May 2020
Eat Travel Thu, 25 Jul 2019
Eat Travel Wed, 1 Apr 2020

Beza marjerin dan mentega, mana yang lebih sihat?

Ketahui risikonya terhadap kesihatan

Eat Travel Thu, 5 Jul 2018

Buat Ais Krim Goreng Anda Sendiri Dengan Resipi Mudah Ini

Jarang jumpa, kan? Tak perlu beli di kedai pun!

Eat Travel Tue, 10 Mar 2020

Ini rahsia kuah laksa yang dimasak sedap!

Resipi turun temurun jadi taruhan.