Eat Travel By: Ad Ops April 16, 2020 @ 11:23am

Rahsia bawang dan cili kisar tahan lama dan tidak terpercik ketika menumis

Ramadan hampir tiba lebih kurang seminggu sahaja lagi. Golongan ibu atau wanita pastinya sibuk membuat persiapan awal bahan mentah untuk dimasak ketika bulan istimewa itu.

Mungkin ada yang melakukan penyediaan awal rencah memasak seperti bawang, cili atau halia kisar kerana ia memang menjimatkan masa serta memudahkan proses memasak.

Kredit gambar: Resipi Che Nom

Walaupun bekalan disimpan di dalam peti sejuk, namun tidak sampai tiga hari, bahan yang dikisar sudah mula berkulat dan rosak. Memang membazir, kecewa dan sayang rasanya apabila terpaksa buang semuanya.

Ikuti petua untuk memastikan bahan kisaran lebih tahan lama dan paling menarik, tiada lagi percikan minyak ketika menumis.

petua bawang dan cili kisar tahan lama

Kredit gambar: Daily Mail

1. Pastikan bawang yang dikupas dibasuh dan dikeringkan terlebih dahulu.

2. Masukkan bawang ke dalam mesin pengisar dan letakkan minyak.

3. Kuantiti minyak bergantung pada jumlah kuantiti bawang yang digunakan serta kepekatan tekstur yang diingini.

4. Kisar dan kemudian masukkan ke dalam bekas kedap udara yang bersih dan kering.

petua bawang dan cili kisar tahan lama

Kredit gambar: Foodviva

5. Taburkan sedikit garam halus pada permukaan bahan kisar.

6. Kemudian tutup bekas dengan rapat dan simpan dalam peti sejuk.

7. Jika anda buat dalam kuantiti yang banyak, asingkan kepada dua bekas dan letak satu bekas di bahagian sejuk beku.

petua bawang dan cili kisar tahan lama

Kredit gambar: Donna

8. Begitu juga dengan cili, basuh bersih dan rebus bersama-sama beberapa ulas bawang putih sehingga lembut. Kemudian kisar cili dan bawang putih bersama-sama minyak.

petua bawang dan cili kisar tahan lama

Kredit gambar: Donna

petua bawang dan cili kisar tahan lama

Kredit gambar: Cookpad

Penggunaan minyak untuk menggantikan air ketika kisar adalah untuk memberi ketahanan lama pada bahan yang dikisar. Selain itu, ia juga dapat mengelakkan bahan memercik ketika menumis akibat penggunaan air.

Semoga bermanfaat!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 21 Apr 2020
Featured Thu, 22 Dec 2022

Sempoi Layan Pengamal Media, Anwar Ibrahim Ajak Pergi Kelantan Lawat Mangsa Banjir

@jason.yew Siapa nak ikut? PM bergerak ke Kelantan selepas sidang media #kerajaanperpaduan #DemiPertiwi #DSAIPM10 #anwaribrahim #banjir2022 #foryou ♬ original sound – JASON Update Tular sebuah video memaparkan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempoi […]

Featured Mon, 13 Apr 2020
Featured Mon, 30 Oct 2023
Featured Wed, 17 Feb 2021

NTV7 Lancar Didik TV KPM Bermula Hari Ini, Platform Terbaik Buat Pelajar

NTV7 hari ini memeterai kerjasama dengan dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (“KPM”) dalam melancarkan saluran khusus TV Pendidikan dan Didik Hiburan yang dikenali sebagai DidikTV Kementerian Pendidikan Malaysia (DidikTV KPM). DidikTV dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri […]

Eat Travel Mon, 18 May 2020
Featured Tue, 23 Aug 2022