Featured By: Attiqah Mohd February 17, 2021 @ 3:06pm

NTV7 Lancar Didik TV KPM Bermula Hari Ini, Platform Terbaik Buat Pelajar

NTV7 hari ini memeterai kerjasama dengan dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (“KPM”) dalam melancarkan saluran khusus TV Pendidikan dan Didik Hiburan yang dikenali sebagai DidikTV Kementerian Pendidikan Malaysia
(DidikTV KPM).

DidikTV dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Bin
Mohd. Yassin menerusi rancangan Malaysia Hari Ini (“MHI”), DidikTV KPM di ntv7 serta saluran Youtube/Facebook ntv7 Malaysia bersama Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin.

Seiring dengan inisiatif ini, rombakan jadual penyiaran di ntv7 telah memberi laluan kepada saluran DidikTV KPM yang akan bersiaran setiap hari.

Kandungan yang disiarkan ini telah diluluskan oleh KPM selaras dengan Sistem Pendidikan Kebangsaan mengikut sukatan kurikulum dan kokurikulum kebangsaan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad (MPB) dan Primeworks
Studios, Dato’ Khairul Anwar Salleh,

“Dalam usaha untuk mengetengahkan ntv7 sebagai hub pendidikan
Malaysia, Buletin Didik diperkenalkan bagi memaparkan perkembangan industri pendidikan dan
pencapaian cemerlang pelajar, guru dan sekolah.”

Berita baik buat calon-calon SPM, ntv7 akan menambah slot waktu program popular Road To Success SPM 2020 bagi membantu mereka gerak gempur sebelum menduduki peperiksaan bermula 22 Februari ini.

Ikuti DidikTV KPM, setiap hari dari jam 7.00 pagi di ntv7, saluran 107 di MyTV, saluran 147 di Astro dan saluran ntv7 di unifi tv, serta YouTube ntv7 Malaysia!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 10 Jan 2020

Penduduk Kangaroo Island Diarah Berpindah

Penduduk di bandar Kangaroo Island, Australia diarahkan berpindah pada Khamis bagi membolehkan anggota bomba melakukan kerja-kerja memadamkan kebakaran hutan. Bandar Parndana merupakan bandar kedua yang diarahkan berpindah susulan kebakaran hutan yang dilaporkan semakin memburuk. Segala

Trending Thu, 28 Apr 2022
Trending Thu, 1 Sep 2022
Featured Thu, 14 Jul 2022

“Masih Banyak Perlu…” – Nyanyian Casablanca Live Dikritik Sumbang, Ini Respons Nuha Bahrin

Alahai, sabar ya Nuha ☺️ Yang penting terus belajar dan tak patah semangat! ❤️

Featured Tue, 30 May 2023
Trending Thu, 20 Aug 2020

| Live TV

error: Content is protected !!