Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Faida June 4, 2018 @ 4:34am

Ejen FBI Asyik Menari Tertembak Pengunjung Kelab Malam

Alamak, mungkin beliau tak sengaja. Ini berikutan kejadian seorang ejen Biro Siasatan Persekutuan (FBI) yang tidak bertugas secara tidak sengaja menembak seorang lelaki ketika melakukan aksi melompat ke belakang di sebuah kelab malam Colorado.

Video diperoleh stesen televisyen tempatan menunjukkan ejen lelaki tinggi lampai itu, dengan kumpulan pengunjung di sebelahnya menari penuh bersemangat sebelum melakukan aksi lompat ke belakang.

Malangnya, tindakan itu menyebabkan pistolnya jatuh daripada seluar dan dia gagal menyambutnya sebelum alat itu melepaskan tembakan dan terkena seorang lelaki pada bahagian kaki.

Mangsa tembakan kini dirawat dengan kecederaan tidak mengancam nyawa, kata stesen televisyen tempatan sekutu ABC.

Ejen itu dibawa ke ibu pejabat polis dan kemudian dilepaskan kepada pengawal selia FBI. -AFP

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 15 Dec 2022
Featured Fri, 28 Oct 2022
Hiburan Thu, 9 Mar 2023
Trending Tue, 5 Jan 2021

“Tak Boleh Salahkan Sesiapa…” – Anak & Bekas Isteri Fizo Omar Positif COVID-19

Sayunya tengok air muka Mawar & Maryam..Semoga terus tabah????

Events Wed, 14 May 2025
Featured Tue, 6 May 2025

Suami Heliza Helmi Bukan Scammer, Duit RM20.7 Juta Lesap – “Kami Diberi Taklimat, Lengkap Dengan Surat Perjanjian”

Mahadi merupakan antara mangsa yang mengalami kerugian besar akibat pelaburan tersebut.

Featured Thu, 2 Mar 2023
error: Content is protected !!