Euforia Bola 2026
TECH By: SGMS Faida March 25, 2018 @ 2:54am

Apple Bakal Perkenal Emoji Mesra OKU?

Tahukah anda, satu daripada tujuh orang di seluruh dunia mengalami kecacatan dalam pelbagai bentuk, sama ada fizikal, penglihatan, pendengaran, atau kegagalan kemahiran motor fizikal, atau kecacatan lain yang tidak dapat dilihat.

Syarikat gergasi alat komunikasi Apple baru-baru ini mengemukakan cadangan memperkenal beberapa emoji baharu khusus bagi mewakili golongan orang kurang upaya (OKU) di seluruh dunia. Wah, menarik ni!

Apple dalam satu kenyataan memaklumlkan pilihan emoji sedia ada merangkumi orang, aktiviti dan objek yang mewakili masyarakat umum, tetapi tidak banyak yang berkaitan golongan kurang upaya.

Jika diluluskan, kita bakal melihat dan menggunakan emoji kerusi roda, orang bertongkat dan tangan palsu di telefon pintar anda. Ia kemungkinan akan dilancarkan pada awal tahun 2019.

Kesemua cadangan ini telah diusulkan kepada Unicode Consortium, satu organisasi yang meluluskan aksara emoji baharu.

Antara emoji yang bakal diperkenal termasuk:

1) Anjing khidmat

2) Lelaki dan wanita bertongkat

3) Lelaki dan wanita berkerusi roda

4) Telinga dengan alat pendengaran

5) Lelaki dan wanita menunjukkan simbol bisu

6) Tangan dan kaki palsu

 

Sumber: Agensi

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Thu, 9 May 2019

This Hotel Offers Special Exercise Courses & Spa Treatments for Overall Wellbeing

Bringing a new type of health and wellness in a getaway.

Hiburan Fri, 14 Jul 2023
Events Tue, 3 Sep 2019

Swiss Dream Circus Gerenti Luar Biasa!

Swiss Dream Circus happening giler!

TECH Fri, 20 Sep 2019

Nak Tahu Cara Guna 2 Akaun Whatsapp Secara Serentak Pada PC

Punya dua akaun WhatsApp dan ingin membukanya secara serentak? 

LIFESTYLE Fri, 7 Dec 2018

Jangan Minum Air Mineral Didalam Kereta Yang Dibiar Lama

Air yang terdedah pada matahari sememangnya tidak elok diminum kerana keberangkalian boleh bertukar menjadi racun.

Featured Tue, 24 May 2022
Hiburan Thu, 4 Oct 2018
Featured Tue, 15 Apr 2025

KJ Gagal Tahan Sebak Ketika Upacara Pengebumian Pak Lah, Netizen Titip Kata Semangat – “Menantu Yang Hebat, Semoga Terus Kuat Chief!”

Khairy Jamaluddin dilihat gagal menahan sebak ketika pengebumian Tun Abdullah Ahmad Badawi di Makam Pahlawan di Masjid Negara hari ini.

error: Content is protected !!