Hiburan By: Salma Syahbuddin April 19, 2019 @ 12:24pm

#SetulusIkhlas : Semai Keikhlasan Sempena Ramadan Raya Tahun Ini Bersama TV3!

Bagi tahun 2019, Rangkaian Televisyen Media Prima (MPTN) dan Samsung bekerjasama mempersembahkan “Setulus Ikhlas” yang diaktifkan oleh 100PLUS sebagai tema baharu bagi kempen Ramadan Raya tahun ini. Jika Syukur Selalu mendidik kita untuk sentiasa bersyukur di atas nikmat yang diterima, Terima Kasih menekankan kepentingan untuk berterima kasih untuk memupuk kasih sayang dan keharmonian. Kempen Setulus Ikhlas pula ingin menanamkan pentingnya untuk melakukan sesuatu dengan penuh keikhlasan.

Menurut Encik Johan Ishak, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Kempen Ramadan Raya merupakan kempen terbesar bagi Rangkaian Televisyen Media Prima. Pemilihan Setulus Ikhlas sebagai tema adalah tepat dalam konteks kehidupan masyarakat kini yang sering lupa untuk meletakkan ikhlas dalam melaksanakan tanggungjawab atau kehidupan mereka.

” Mesej ini disampaikan secara menyeluruh menerusi program-program terbaik yang bakal kami sajikan sepanjang bulan Ramadan dan Syawal nanti. MPTN juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Samsung, 100PLUS dan semua penaja program-program yang memeriahkan kempen Ramadan Raya.Selain itu, acara padang seperti Check-in Kampung dan juga Grand Bazar Ramadan Raya dengan kolaborasi bersama Build Up Resources Sdn Bhd (BUR) juga merupakan satu inisiatif MPTN untuk merapatkan lagi hubungan dengan masyarakat terutamanya penonton setia MPTN. Bukan itu sahaja, tahun ini MPTN turut bekerjasama dengan Central i-City Shah Alam dengan memperluaskan lagi tema dan konsep Setulus Ikhlas.” Katanya.

Dan sempena menyambut kemeriahan Ramadan dan Syawal tahun ini, pihak Media Prima juga turut menyediakan program menarik untuk tontonan peminat setianya. 

 
 
 
View this post on Instagram

Sekitar Sidang Media Kempen Ramadan Raya Rangkaian Televisyen Media Prima 2019 #SetulusIkhlas

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia) on

Malah, bagi mengeratkan silaturrahim diantara peminat dan selebriti acara padang Setulus Ikhlas juga akan diadakan. Termasuklah Grand Bazar Ramadan Raya, Check In Kampung, Kempen Seratus Ikhlas, Setulus 100Plus dan banyak lagi.

Jadi, jangan ketinggalan untuk sama-sama memeriahkan bulan penuh keberatan ini bersama kami di TV3!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 24 Jul 2019

Cipta Sejarah…Exists Gegar Stadium Malawati 28 September Depan!

Nantikan kemunculan Exists Disember ini di Stadium Melawati

Hiburan Sun, 29 Jul 2018

伍家辉首制音乐节目差搞砸!傅健颖不惜把新专辑押后

伍家辉首次制作音乐节目《调啤音乐人》差点搞砸!而制作人兼主持人之一的傅健颖不惜为节目把新专辑押后。

Hiburan Fri, 31 Jan 2020
Featured Fri, 27 Jan 2023

[VIDEO] Kongsi Ruang Playroom Bilal, Neelofa Buat Ramai Teruja! – “3D Wallpaper, Barang Beli Di Amazon”

Wahhh, seronoknyaa banyak toys Bilal 🤩🤩 Jauh tu beli barang dari UK & US fuhhh🤩🤩🤩

Events Fri, 19 Oct 2018
Hiburan Wed, 5 Jul 2023
Hiburan Fri, 11 May 2018

Suri Rumah Kena Ada Pendapatan Sampingan!

Kenapa perlu suri rumah kena ada pendapatan sampingan!

Featured Fri, 15 Apr 2022