Categories: familuv

23 Kata-Kata Orang Yang Memilih Untuk Tak Nak Ada Anak Dah Serik Dengar

Lepas sah berkahwin, lazimnya sesebuah pasangan suami isteri itu mesti nak cuba dapatkan zuriat.

Itulah chapter seterusnya dalam kehidupan mereka bersama. Kalau tak, gerenti ada makcik-makcik yang sibuk bertanya, betul tak?

Tapi ada segelintir pasangan yang tak pun mempunyai keutamaan atau perancangan tersebut.

Ada yang ingin enjoy married life mereka dahulu sebelum bersiap sedia untuk menerima kehadiran cahaya mata.

Ada juga pasangan yang rasa lebih selesa jika mereka hidup berdua saja hingga ke akhir hayat.

Sebab-sebab yang mungkin adalah kerana terlalu cintakan kerjaya ataupun tak sanggup nak jejaskan bentuk badan bagi kaum wanita.

Apa-apa pun, jika itulah keputusan mereka, orang lain tak patut cuba untuk mengubah fikiran mereka.

Jika mereka nak ada anak, atau jika mereka sudah bersedia, mereka akan tahu sendiri. Orang lain tak perlu sibuk-sibuk.

Orang lain juga patut elakkan daripada berkata perkara-perkara tersebut kepada mereka, kerana besar kemungkinan mereka dah penat nak dengar. 

  • “Anda akan ubah fikiran nanti.”
  • “Bayangkan jika ibu bapa awak tak nak pun awak.”
  • “Masih ada masa.”
  • “Anak berikan makna kepada hidup awak.”
  • “Mendapatkan zuriat merupakan keputusan terbaik yang saya pernah buat.”
  • “Awak tak nak ke seseorang untuk meneruskan keturunan keluarga awak?”
  • “Saya tak kenal siapa diri saya sampailah saya ada anak.”
  • “Bukankah jam biologi awak dah mula berdetik?”

  • “Anda tak ada banyak masa lagi, jangan tunggu lama-lama!”
  • “Saya berharap sangat saya dapat bangun lambat; sekarang ini tak boleh sebab saya dah ada anak!”
  • “Tapi awak berpotensi untuk menjadi ibu/bapa yang bagus!”
  • “Siapa yang akan menjaga awak bila awak dah tua?”
  • “Anda melepas daripada bahagian paling best dalam hidup!”
  • “Saya berfikiran sama ketika saya sebaya dengan awak; nanti awak akan tukar fikiran.”
  • “Menjadi seorang ibu/bapa akan mengajar awak untuk tak pentingkan diri sendiri.”
  • “Saya ada jumpa satu artikel yang akan ubah pendirian awak.”
  • “Menjadi seorang ibu adalah tujuan seorang wanita dilahirkan.”
  • “Badan awak telah direka secara biologi untuk perkara ini.”
  • “Apa yang suami/isteri awak rasa tentang keputusan awak?”
  • “Awak tak nak suami/isteri awak terlepas daripada melalui pengalaman sebagai seorang ibu/bapa, kan?”
  • “Mungkin jika awak selalu berada di samping kanak-kanak, awak akan nampak apa yang best tentang ada anak.”
  • “Rasanya sesetengah orang memang tak ditakdirkan untuk menjadi ibu bapa.”
  • “Awak akan menyesal.”

Bagi anda yang tak inginkan cahaya mata, anda pernah atau selalu ke dengar kata-kata seperti di atas? Sedikit annoying, kan?

Sumber: Buzzfeed

Ad Ops