familuv By: tex_admin November 11, 2019 @ 3:12pm

Ini kebaikan membaca bersama-sama si kecil!

Oleh Amnan Hibrahim

Dalam pendidikan awal kanak-kanak, perlakuan ibu bapa adalah sesuatu yang sangat penting kepada pembangunan si kecil bukan sahaja dari segi fizikal, tetapi juga mental. 

Merujuk kepada ilmu keibubapaan, terdapat pelbagai jenis tabiat utama ataupun ‘keystone habit’ yang dikatakan mampu menjadi pemangkin kepada pembesaran kanak-kanak untuk menjadi seorang yang bijak dan cerdas.

Tabiat  utama adalah perlakuan ibu bapa yang mampu memberi pelbagai kesan tidak langsung kepada pembesaran kanak-kanak. 

Antara tabiat utama yang sudah terbukti berkesan memberi kebaikan kepada seorang kanak-kanak adalah membacakan buku kepada mereka.

Memperkayakan perbendaharaan kata kanak-kanak

Dengan penguasaan perbendaharaan kata yang meluas, seorang kanak-kanak akan memiliki kefahaman yang lebih mendalam ketika proses pembelajaran di sekolah mereka.. NSTP/ZZUNNUR AL SHAFIQ

Perbendaharaan kata ataupun nama mudahnya perkataan adalah sesuatu yang sangat fundamental dalam satu komunikasi yang berkesan. 

Kekurangan perbendaharaan kata hanya akan menyebabkan seseorang itu tidak mampu mengekspresikan dirinya mahupun pandangannya dengan jelas.

Pada peringkat awal, seseorang kanak-kanak lazimnya belajar secara oral ataupun lisan kerana majoriti daripadanya masih tidak pandai membaca.

Sehubungan itu, aktiviti membacakan buku kepada kanak-kanak akan membolehkan mereka mengakses terhadap pelbagai perbendaharaan kata pada buku yang dibaca oleh ibu bapa. 

Tambahan pula, buku bergambar yang turut didampingi dengan teks bacaan tentunya memiliki variasi perbendaharaan yang lebih kaya berbanding dengan percakapan biasa antara kanak-kanak dan ibu bapa mereka.

Membantu proses pembelajaran di sekolah

Anak-anak pasti akan lebih ceria ketika di sekolah jika mereka memahami apa yang diajarkan oleh guru ketika proses pembelajaran. Foto: MD NOW

Pada peringkat awal persekolahan seseorang kanak-kanak, aktiviti pembelajaran secara lisan mahupun oral adalah kegiatan utama mereka ketika di sekolah. Justeru, kebolehan kanak-kanak untuk memahami apa yang diucapkan oleh guru pastinya membantu mereka untuk lebih aktif dan juga seronok ketika belajar.

Namun begitu, hal ini tidak akan berlaku sekiranya kanak-kanak berkenaan mempunyai penguasaan perbendahraan kata yang terhad. Oleh itu, pembinaan perbendaharaan kata yang luas ketika membaca bersama anak-anak pasti akan membantu perkembangan proses pembelajaran ketika di sekolah.

Meningkatkan konsentrasi kanak-kanak

Dengan membaca bersama kanak-kanak, aktiviti itu berupaya meningkatkan tahap penumpuan kanak-kanak dalam kegiatan harian mereka. Foto: Business Insider

Ketika aktiviti membaca bersama ibu bapa, kanak-kanak akan melalui proses pembelajaran yang lebih aktif kerana mereka mempunyai peluang untuk bertanya jika ada sebarang perkara yang tidak difahami atau diketahui.

Tambahan pula, ibu bapa juga boleh memberikan penjelasan lanjut berkenaan dengan cerita yang dibacakan. Sehubungan dengan itu, anak-anak akan menjadi lebih tertarik serta memberikan sepenuh tumpuan sepanjang aktiviti pembacaan berkenaan.

Jika dilakukan secara konsisten, aktiviti membaca bersama anak-anak mampu melatih mengekalkan daya konsentrasi yang semestinya membantu mereka dalam proses pembelajaran ketika di sekolah.

Menumbuhkan perasaan empati kepada kanak-kanak

Dari segi psikologi, kanak-kanak yang membaca bersama ibu bapa akan secara semula jadinya mempunyai sikap empati dalam diri mereka. 

Kewujudan pelbagai jenis watak dan kejadian dalam buku-buku yang dibacakan pasti memberi gambaran dan kefahaman kepada kanak-kanak berkenaan mengenai perasaan dan juga rintangan yang dihadapi oleh orang lain selain daripada dirinya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Wed, 25 Mar 2020
familuv Thu, 19 Jan 2023

Anak Arwah Siti Sarah Manja Tidur Bersama Raissuddin Hamzah, Netizen Kata Uwais Dah Faham Erti Kehilangan Gara-Gara…

Anak kepada penyanyi terkenal, Allahyarhamah Siti Sarah iaitu Uwais Al-Qarni meraih perhatian ramai kerana gelagat manja bersama datuknya, Raissuddin Hamzah. @suciuwais Uwais buat atok tak tido malam macam ni. Anxiety terus atoknya ☺️ #uwaisalqarni #atok […]

familuv Fri, 6 Jan 2023

“Langkah London?” – Ismail Sabri Perli Netizen Dedah Bercuti Di UAE Bersama Keluarga

Bekas Perdana Menteri Malaysia ke-9, Datuk Sri Ismail Sabri meluahkan rasa kesal apabila difitnah terlibat dalam  gerakan rahsia ‘Langkah London’ untuk menjatuhkan tampuk pimpinan Datuk Sri Anwar Ibrahim.   View this post on Instagram   […]

familuv Fri, 3 Aug 2018
familuv Mon, 1 Oct 2018

Selamatkan Anak Anda Daripada Kanser Dengan Menjadi Ibu Bapa Yang Lebih Prihatin

Jangan leka dengan telefon, perhatikan setiap inci perubahan fizikal anak anda!

familuv Tue, 23 Oct 2018

‘Me Time’ Ruang Bersendirian Bagi Si Ibu Untuk Reset Minda Yang Berserabut

Isteri dan ibu bukan hamba, mereka juga berhak punya masa untuk diri sendiri.

Cahaya Mata Fri, 27 Jan 2023

Cantiknya Khadijah Alkubraa Nama Anak Ketiga Saharul Ridzwan!

Pelakon Saharul Ridzwan menimang anak ketiga pada Sabtu lalu. Berita gembira itu telah dikongsi sendiri oleh Saharul di laman Instagramnya yang memaparkan dia sedang mendukung puteri ketiganya dengan kapsyen yang cukup menyentuh hati. “Subhanallah, Alhamdulillah, […]

familuv Tue, 12 Nov 2019

Hukum terminum susu isteri yang perlu suami tahu

Keliru dengan syarat anak susuan

familuv Wed, 14 Nov 2018

Beri Madu Kepada Bayi. Boleh Atau Tidak?

Keracunan botulisme adalah keadaan kesihatan yang mungkin membawa maut.

familuv Sat, 11 May 2019