familuv By: Ad Ops September 13, 2018 @ 1:49pm

Ini Panduan Untuk Ibu Bapa Yang Membesarkan Anak Sindrom Down

Untuk pengetahuan anda, Sindrom Down merupakan salah satu gangguan genetik yang paling kerap berlaku di dunia.

Di Malaysia saja, kelahiran anak Sindrom Down berlaku dalam setiap 1 daripada 950 kelahiran. Secara keseluruhannya, jumlah bayi yang memiliki sindrom ini boleh menjangkau 30,000 orang.

Jadi ibu bapa yang dikurniakan dengan anak istimewa ini tak perlu rasa keseorangan, seolah-olah mereka tak boleh bergantung kepada sesiapa.

Ternyata, nak membesarkan anak istimewa ini memang ada cabarannya yang luar biasa tapi ia taklah mustahil. Berbekalkan panduan dan tip yang betul, anda memang boleh sukses!

Jom kita rujuk apakah perkara yang anda perlu ingat sebagai ibu bapa kepada anak Sindrom Down.

1. Bayi ini tetap anak anda

Jangan ingat yang kerana dia ada gangguan genetik ini, dia tak layak menerima 100% kasih sayang anda. Anda tidak perlu untuk menyayangi sindrom Down untuk menyayangi anak anda. Jangan hiraukan label yang ditetapkan oleh masyarakat; sebaliknya anggap anak anda sebagai satu anugerah dari Tuhan.

2. Anak anda akan membesar seperti bayi lain

Yang paling penting, jangan sesekali membandingkan anak anda dengan anak-anak orang lain. Dia akan membesar dengan caranya tersendiri. Hanya fokuskan kepada apa yang dia telah berjaya lakukan. Ia memang akan mengambil masa tapi akhirnya ia akan tercapai jua.

3. Ada banyak bantuan dan kemudahan untuk anak Sindrom Down

Jika anda tak pasti tentang bagaimana nak besarkan anak anda, jangan risau. Ada banyak sumber-sumber pertolongan untuk ibu bapa seperti anda. Sesetengah sekolah awam menyediakan kelas pendidikan khas untuk anak-anak istimewa. Ada juga Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang terletak di daerah-daerah seluruh negara.

Selain itu, terdapat banyak komuniti yang boleh membela nasib penghidap sindrom Down, termasuklah Persatuan Sindrom Down Malaysia dan Kiwanis Down Syndrome Foundation.

Foto: Shutterstock

4. Cari dan serlahkan keistimewaan anak anda

Tak dapat dinafikan yang ada sejenis stereotaip terhadap anak-anak Sindrom Down. Abaikan semua itu! Anak-anak istimewa ini sebenarnya sangat cantik dan comel serta boleh menghiburkan hati. Senyumannya yang manis juga mampu menyerikan hidup anda. Jangan pedulikan apa orang lain kata; anda hanya perlu cari kecantikan yang ada pada anak anda.

5. Gunakan kekecewaan sebagai motivasi untuk memperbaiki cara didikan anda

Nak membesarkan anak ini kan mencabar? Mestilah akan ada masa di mana anda rasa kecewa dengan hidup apabila semuanya serba tak kena. Daripada terus dibelenggu kesedihan itu, anda patut jadikan perkara itu sebagai motivasi supaya anda boleh cari jalan yang lebih baik untuk mendidik anak anda. Apa yang boleh membantu adalah pembacaan, kursus dan latihan.

6. Isu anak anda bukanlah penentu bagi hidup anda

Hidup ini penuh dengan suka duka, tapi tak semuanya ada kaitan dengan isu Sindrom Down anak anda. Orang yang dengan anak normal pun entah-entah melalui perkara yang sama. Jangan biarkan hidup anda di-control olehnya. Fokus kepada benda-benda yang menggembirakan.

Sumber: Hello Doktor

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Fri, 21 Sep 2018

Ada Apa Dengan Gelaran Pasangan Sepadan Sedang Hati Tidak Bahagia

Satu kajian mendapati wanita terbukti lebih bahagia bila mempunyai suami yang kurang menarik daripada mereka.

familuv Fri, 24 Feb 2023
Cahaya Mata Fri, 14 Jul 2023
familuv Wed, 27 Mar 2019
familuv Sat, 22 Sep 2018
familuv Tue, 12 Nov 2019

Hukum terminum susu isteri yang perlu suami tahu

Keliru dengan syarat anak susuan

familuv Sun, 21 Oct 2018

20 Idea Dekorasi Potongan Buah Yang Cute Untuk Si Manja

Rasa macam tak nak makan sebab comel sangat!

familuv Fri, 9 Nov 2018

Anak Tak Nak Makan Sayur? Buat Trik Homemade Sosej Ayam Sayur Ini

Sosej ini boleh direbus ataupun digoreng!

Acara Wed, 4 Dec 2019

Columbia Asia sumbang RM10,000 bagi merealisasikan impian pesakit kanak-kanak

Sumbangan dikumpul menerusi Larian Untuk Kanak-kanak 2019

familuv Mon, 23 Jul 2018

Air Soya Dan Kopi Boleh Effect Kulit Anak Jadi Putih & Hitam. Fakta Atau Mitos? Ini Jawapan Menurut Pakar

Sebelum amalkan petua, para ibu kenalah tahu ia adalah fakta ataupun mitos.