familuv By: Ad Ops August 16, 2018 @ 3:30pm

Ini Tip-Tip Penting Untuk Ibu Bapa Apabila Membaca Buku Dengan Anak

Salah satu aktiviti istimewa untuk ibu bapa adalah membaca buku bersama anak mereka. Syok juga kalau dapat snuggle dan bergomol dengan si kecil.

Pendidikan untuk mereka boleh bermula ketika mereka masih bayi lagi, iaitu seawal 3 bulan. 

Tapi ada cara-cara yang ada boleh ikuti untuk memastikan yang anak anda berjaya mendapat faedah daripada aktiviti ini dari segi pembelajaran. Pada masa yang sama, anda perlu pastikan yang si kecil ini selesa. 

Penulis buku Baby Touch Playtime, Justine Smith berkongsi sedikit tentang cara terbaik untuk mula membaca dengan anak kecil anda.

1. Duduk di tempat yang jauh daripada bunyi bising. Ini adalah supaya anak anda fokus kepada buku. Letakkan bayi anda ke atas riba dan pegang dan peluk dengan satu lengan. Gunakan lengan yang sama untuk pegang buku anda. Satu lagi lengan biarkan bebas supaya anda boleh menukar muka surat. 

2. Benarkan anak anda untuk pegang buku dan hayunkannya. Bagi mereka, buku adalah barang permainan dan aktiviti membaca adalah bermain. Berikan respons yang sewajarnya terhadap bunyi-bunyi yang keluar dari mulutnya. Bayi boleh mendengar dan meniru bunyi-bunyi jika ia cukup jelas.

3. Apabila bayi anda dah boleh duduk tegak, pilih buku kadboard yang ringan tapi keras dan mempunyai bucu membulat. Lagi bagus jika ada gambar-gambar berwarna ceria dan muka surat yang bertekstur untuk bayi anda sentuh.

4. Dari umur 6 bulan, bayi akan mula suka buku-buku jenis “lift-the-flap”, di mana anda boleh buka helaian kertas, seperti di dalam gambar di bawah. 

Foto: Youtube Book For Kids

5. Dari umur 9 bulan pula, anda boleh perkenalkan buku-buku yang datang dengan bunyi. Ingat ya! Beri perhatian terhadap jenis buku yang mana yang menyeronokkan untuk anak anda.

6. Gunakan gambar dalam buku termasuklah perkataan-perkataannya. Bayi boleh belajar dengan perlakuan: letakkan tangan mereka pada sesuatu gambar dan sebutkan nama benda yang ditunjukkan untuk membantu anak anda bentukkan skil percakapan.

7. Cuba tanya soalan tentang gambar tersebut dan jawab dengan suara yang ceria dan menyeronokkan.

8. Jika bayi anda yang dah besar sikit tak boleh duduk diam, cuba gerakkan badan sambil membaca. Contohnya, letakkan dia di atas peha dan lantunkan mengikut lagu.

9. Cari buku yang anda pun suka, kerana anda akan baca banyak kali. Kegiatan rutin yang berulangan akan membuatkan bayi berasa yakin untuk turut sama membaca. Bila mereka boleh beritahu anda apa yang ada di muka surat seterusnya, itu bermakna dia memang membaca!

Foto: iplaybaby.com

Selamat mencuba!

Sumber: Supernanny

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Wed, 15 Aug 2018

Resepi Ais Krim Buah Ini Sesuai Untuk Si Comel Yang Sedang Tumbuh Gigi

Bukan saja dapat melegakan kesakitan, ais krim buah ini juga berkhasiat!

familuv Mon, 22 Oct 2018
familuv Wed, 9 Oct 2019

Suami rajin solat tapi kasar dengan isteri, jangan sangka diri baik!

Melayani isteri dengan baik adalah akhlak Rasulullah s.a.w

familuv Fri, 22 Jun 2018

Kenal Pasti Si Kecil Sudah Sedia Ke Tadika Melalui 5 Tanda Ini

Jika anak anda mempunyai lima tanda ini, bererti anak anda sudah sedia ke tadika.

familuv Thu, 22 Aug 2019

6 taktik efisyen pisahkan anak dari tempat tidur

Yang penting buang perasaan kesian!

familuv Mon, 30 Jul 2018

Adakah Campuran Bijirin Di Dalam Botol Susu Bayi Anda Selamat Untuknya?

Ada yang guna teknik ini supaya anak mereka cepat tidur.

familuv Tue, 17 Jul 2018

Karakter Dominan Isteri Bikin Suami Kecut Perut

Ada banyak faktor sebenarnya yang menyebabkan suami takut isteri.

familuv Fri, 6 Mar 2020

Jangan terus tuduh, ini cara betul tanya anak

Pastikan ayat yang digunakan betul

Cahaya Mata Fri, 20 Jan 2023

[VIDEO] Lucu! Gelagat Ameena Kenakan Fizi Ali Undang Tawa – “Macam Itu Je Dia Gulakan Kita”

Tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh Fizi Ali yang memaparkan anak sulungnya, Ameena Sofia sedang merakam gambar penyampai radio itu, baru-baru ini. Menerusi hantaran yang berdurasi 23 saat itu, Fizi menyangka Ameena sedang merakam […]

familuv Tue, 16 Jun 2020