Categories: familuv

Jom Belajar Cara Buat Origami Katak Melompat Dengan Anak Anda, Menarik Dan Bermanfaat Untuknya

Hujan tengah lebat, tapi anak anda dah bosan terperangkap di dalam rumah. Supaya dia tak merungut dan meminta untuk bermain di luar, baik berikannya sesuatu aktiviti untuk dibuat. Tapi apa, ya?

Hmm, ini ada satu cadangan. Anda pernah dengar tentang origami?

Ia adalah sebuah seni tradisional dari Jepun di mana anda melipat kertas hingga ia menjadi bentuk pelbagai jenis objek. “Ori” bermaksud lipat, manakala “gami” bermaksud kertas.

Anda mesti pernah nampak macam-macam jenis origami yang orang telah hasilkan. Masa kecil dulu, anda mesti pernah buat bot atau kapal terbang menggunakan kertas, kan? Itulah origami!

Satu lagi bentuk yang biasa dibuat ialah burung jenjang (crane). Teknik ini memang unik dan jika anak anda pelajarinya, ia boleh mengasah bakat seni mereka.

Berminat? Apa kata anda cuba teknik lipatan seekor katak?

Yang menariknya, apabila ditekan di bahagian belakangnya, katak ini akan “melompat” ke depan. Macam katak betul!

Kalau nak, anda boleh adakan satu pertandingan di mana sesiapa yang boleh buat katak mereka lompat paling jauh ke depan, dia akan menang.

Jom belajar cara-cara lipatannya daripada video di bawah ini. Selamat mencuba!

Sumber: Jo Nakashima

Ad Ops