Categories: TECHTech News

Papan Klip Terbaru Windows 10 Bakal Memudahkan Kerja-Kerja ‘Copy’ & ‘Paste’

Mesti korang pernah cuba untuk copy dan paste pautan atau ayat dan yang keluar hanyalah sesuatu yang berbeza malah boleh jadi ayat terdahulu. Stress kan? Tapi, itu masalah Windows yang dulu…

Kini, kemaskini papan klip (clipboard) terkini dari Windows Insider menyelesaikan kesukaran itu malah memudahkan dan memperbaharui fungsi-fungsi yang ada.

Papan klip terbaru dari Windows Insider ini menyimpan sejarah apa yang pernah anda copy dan paste, termasuk teks kosong, HTML dan gambar bersaiz bawah 1MB. Lebih hebat, korang boleh pin item yang korang selalu guna seperti alamat rumah atau nombor telefon.

Kalau korang sedang menggunakan Windows 10 terbaru, korang boleh aktifkan papan klip terbaru dengan pergi ke Setting > System > Clipboard dan tekan ‘Save multiple items’. Selepas itu, tekan Win+V untuk mengakses papan klip, lalu satu tetingkap kecil akan muncul.

 

Korang juga boleh menetapkan papan klip terbaru ini supaya sentiasa sync secara automatik di mana-mana peranti Windows 10 yang ada. Bahkan kelak, korang juga mungkin boleh menyalin teks dari telefon ke TV. Wow, power kan?

Kalau korang nak tau apa lagi ciri yang bakal Windows Insider perkenalkan, check out blog Microsoft kat sini. Enjoy ciri baru ni ya!

Ditulis oleh SGMS Epul

SGMS Enal