Categories: familuv

Kalau Nak Anak Cepat Jalan, Anda Perlu Tahu Cara Nak Beli Kasut Mereka!

Pasti ada dalam kalangan anda yang suka untuk membeli kasut yang comel-comel untuk bayi anda kan? Tapi, adakah anda tahu cara yang betul untuk membeli kasut yang betul-betul bersesuaian dengan anak anda?

Sebenarnya, sebelum anda membeli kasut untuk mereka, anda perlu mengetahui perkara-perkara seperti berikut:

1. Ikut perkembangan anak

Menurut Dr. Lim Kay Kiat, pakar bedah Ortopedik untuk Synergy Orthopedic Group Singapura, ibu bapa perlu mengingati objektif asas ini ketika membeli kasut anak:

Bayi yang belum mula berjalan – Beli kasut yang melindungi diri daripada unsur panas dan sejuk.

Kanak-kanak yang telah mula berjalan – Beli kasut yang berfungsi sebagai perlindungan tetapi kasut tersebut harus nipis dan cukup fleksibel untuk membolehkan kanak-kanak merasakan tanah yang dipijak. Ia bertujuan untuk memaksimumkan maklum balas yang diperlukan untuk keseimbangan yang tepat ketika anak anda berjalan.

Kanak-kanak – Apabila kanak-kanak sudah pantas berjalan dan tidak perlu lagi dipimpin, pilihlah kasut yang sesuai dengan kaki mereka.

2. Mesti ketahui ukuran kaki anak

Foto: Aliexpress

Anda seharusnya memilih kasut yang sesuai, selesa dan selamat dipakai oleh anak kesayangan anda. Anda juga boleh membeli kasut yang mempunyai tali agar boleh ‘memegang’ kaki anak dengan selamat serta menghalang daripada tergelincir.

Selain itu, pilihlah kasut yang diperbuat daripada bahan-bahan ringan dan memudahkan kemasukan udara seperti suede, kulit ataupun kanvas. 

Paling penting sekali, anda harus mengukur mengikut panjang dan lebar yang betul pada setiap 2 hingga 3 bulan sehingga sekurang-kurangnya anak berumur 2 tahun kerana kaki kanak-kanak membesar dengan cepat. 

Kesilapan ketika membeli kasut kanak-kanak

Anda juga perlu mengelakkan daripada melakukan perkara ini:

1. Membeli saiz yang tidak sesuai sama ada terlalu besar ataupun terlalu kecil. Apabila kasut terlalu besar dengan kaki anak anda, ia akan kesakitan dan risiko yang lebih tinggi untuk tersandung.

2. Jangan membeli kasut yang mempunyai tumit yang tebal dan padding tanah yang kononnya boleh melindungi kaki anak anda. Kasut jenis ini akan membuatkan anak-anak berasa tidak yakin untuk berjalan dan takut untuk menapak ke hadapan.

3. Jangan membeli kasut yang ada lengkungan. Hal ini kerana, kasut yang ada lengkungan akan menyumbang kepada kelewatan dalam proses belajar berjalan.

Kesimpulannya, jangan pandang cantik pada kasut tetapi fikirkanlah tentang kesesuaian dan keselamatan anak anda.

Sumber: TheAsianparent

tex_admin