Categories: familuv

Kalau takut suami tumpas di tangan wanita seberang, amalkan 25 petua ini

 Wanita seberang sentiasa meletakkan suami di tempat teratas. 

Hancur lebur hati dibuatnya apabila mendapat berita suami berkahwin lain. 

Masakan tidak, wanita mana yang sanggup berbagi kasih dan dimadukan. 

Tambah parah madunya itu wanita dari negara seberang! Apa sudah tidak ada wanita Malaysia ke yang lebih layak dijadikan isteri baru si suami? 

Lebih menakutkan dan berlaku dalam kebanyakan kes rumah tangga, si suami sampai lupa anak bini kalau sudah berada dalam genggaman wanita seberang. 

Apa lebihnya wanita dari negara jiran itu berbanding warga tempatan? 

Sifat penyabar terhadap suami yang pulang lewat serta layanan mesra di meja makan adalah antara kualiti dimiliki wanita Sumatera yang menyebabkan lelaki Malaysia mudah tertawan dengan mereka.

Pengarah Kajian Sosiologi Indonesia, Khairudin Harahap, dalam satu perkongsian berkata kebanyakan lelaki Malaysia tertarik dengan layanan lebih baik yang mampu diberikan oleh wanita Sumatera berbanding wanita Malaysia.

“Contohnya, kawan saya sendiri berkahwin dengan wanita Sumatera, isterinya tidak kisah suaminya pulang lewat, malah akan diberi layanan yang sangat baik tanpa perasaan marah dan ragu-ragu walaupun ditinggalkan sehingga lewat malam.

“Selain itu, wanita Indonesia tidak akan meninggalkan suami yang makan di meja makan seorang diri, perkara itu akan berterusan walaupun mereka telah lama berkahwin. Ini merupakan adat budaya wanita Indonesia dari dulu lagi,” katanya.

Meskipun wanita di negara itu agak ketinggalan dari segi pendidikan, layanan mesra, lemah lembut, mengikut kata dan berani merealisasikan fantasi impian lelaki dikatakan menjadi punca yang menyebabkan ramai lelaki tempatan ‘cair’ dengan wanita Indonesia.

Wanita di negara ini pula dikatakan semakin sofistikated dan terlalu sibuk memikirkan kerjaya serta masa depan sehingga terlupa memberikan tumpuan yang sepatutnya kepada suami.

Perkara itu menyebabkan golongan lelaki di negara ini memilih wanita seberang kerana persepsi mereka yang masih bersifat tradisional dan konservatif dalam rumah tangga selain inginkan perhatian dan layanan.

Oleh itu, bagi memenuhi kehendak berkenaan, mereka beralih kepada wanita seberang yang dikatakan mempunyai pemikiran seperti wanita kita 25 tahun lalu,  iaitu menatang suami bagai minyak yang penuh. 

Foto: Budiey

Demi memastikan suami anda tidak terjebak dengan cinta wanita Seberang tatkala ada urusan kerja di sana, Hijab & Heels ingin berkongsi 25 petua untuk menawan hati suami anda. 

Semua petua ni adalah dari pakar motivasi popular, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah. Beliau menggariskan 99 petua menawan hati suami yang boleh diamalkan isteri dan bakal isteri.

Petua tambat hati suami

1. Berdoa agar disayangi.

2. Tegur dan sentuh suami sebelum sambung perkara lain bila dia balik ke rumah.

3. Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan sepanjang hari (jika suami dalam mood yang sesuai).

4. Berlatih mendengar dengan baik dan bertanya dengan tepat.

5.  Beri suami masa berkualiti sekurang-kuranya 30 minit.

6. Tanya ibu mentua, abang atau kakak ipar mengenai hadiah disukai suami dan belikan hadiah itu sebagai cenderahati atau ketika memujuk.

7. Masak makanan kegemaran suami.

8. Beri pujian mengenai penampilan suami seperti rambut, wajah, pakaian dan sebagainya.

9. Pujuk suami bila dia marah atau berkecil hati.

10.  Elakkan suami daripada menunggu terlalu lama bila bersiap.

11. Bila suami memberitahu yang dia akan pulang lewat, ucapkan terima kasih kerana memberitahu.

12. Bila suami meminta bantuan, buatlah serta-merta dengan ikhlas dan gembira tanpa banyak mengungkit atau komen.

13. Ucapkan kata-kata sayang yang romantik dua kali sehari.

14. Jika marah, tunggu hingga keadaan reda. Bila sudah sejuk, beritahu suami apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan salahkan suami.

15. Bila suami bercakap, beri perhatian sepenuhnya. Jika boleh hentikan apa sahaja tugas yang sedang dilakukan.

16. Peluk suami dengan penuh kasih sayang sebanyak tujuh kali sehari.

17. Telefon suami di tempat kerja hanya bila penting. Telefon dengan kerap jika suami suka.

18. Bila suami marah, jangan menjawab. Tunduk dan diam walaupun kita tidak bersalah. Terangkan keadaan sebenar sesudah dia tenang.

19. Sentiasa kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.

20. Sokong pendapat suami walaupun pendapatnya berbeza dengan orang lain.

21. Jaga maruah suami terutama di khalayak ramai dan ikut kehendaknya. Segala bantahan dilakukan semasa berdua-duaan.

22.Buatkan minuman suami tanpa diminta atau bertanya.

23. Lebihkan suami daripada anak-anak.

24. Selalu urut suami.

25. Ketawa bila suami berlawak atau bercerita kisah lucu. Walaupun kata pikat (punch line) tidak menjadi!

Sumber: Nona
Yanie Baharom