Sufian Suhaimi Pecah Rekod Artis Malaysia?

Menjelang Anugerah Juara Lagu 33 (AJL33), Sufian Suhaimi nampaknya terus mencatat prestasi membanggakan apabila lagu Di Matamu berjaya memecah rekod tontonan Youtube yang dipegang oleh Aiman Tino menerusi lagu Ku Rela Dibenci. 

Dengan rekod 50, 116, 764 tontonan di Youtube, angka tersebut kian meningkat hampir setiap minit semenjak ia dimuat naik pada 22 Mac tahun lalu.

Menurut Sufian, lagu Dimatamu begitu memberi seribu makna buat diri beliau apabila ia seakan-akan menjadi fenomena buat dirinya sendiri. 

“Single ini antara yang mengangkat nama saya di pentas seni. dan ini antara pencapaian peribadi buat saya. Banyak cerita berkait dengan saya menerusi lagu ini. Malah, lagu ini juga membawa nama saya ke Indonesia dan merakamkan lagu duet bersama Shima Band dengan judul Dimatamu 2.0.” Katanya

Terbaharu, Sufian juga berjinak-jinak dalam bidang lakonan dan akan muncul dalam sebuah telefilem khas cerekama khas #AJL33 yang akan ditayangkan di TV3 pada 26 Januari, jam 9 malam.

Apapun, tahniah diucapkan buat Sufian Suhaimi kerana berjaya memecahkan rekod tontonan muzik video paling tinggi di Youtube.

 

Salma Syahbuddin