Categories: familuv

Ketahui 3 cara haiwan peliharaan memupuk sifat tanggungjawab dalam diri anak.

Mendidik anak untuk menyerap nilai murni yang diperlukan oleh  insan bukanlah suatu kerja mudah.

Ia memerlukan usaha  konsisten bagi memastikan anak anda dapat bergaul dengan masyarakat dan mempersiapkan diri untuk menghadapi dunia sebenar.

Bagi memupuk sifat tanggungjawab, ia haruslah dimulakan sejak kecil lagi.

Ini kerana, anak anda akan lebih mudah untuk menerima didikan mengenai nilai murni pada usia yang muda.

Meskipun anda mungkin tidak terlalu bersetuju dengan idea untuk memiliki haiwan peliharaan, ia sebenarnya dapat memupuk sifat tanggungjawab dalam diri anak anda dan melahirkan insan yang mempunyai nilai empati yang cukup tinggi terhadap orang lain.

Berikut adalah sebab mengapa membela haiwan peliharaan dapat memberikan kesan kepada diri anak anda.

Foto: Animal Wellness Magazine

Makan

Dengan membela haiwan peliharaan, anak anda akan belajar mengenai kepentingan dalam memastikan segala keperluan haiwan yang dipelihara terjaga dengan rapi.

Ini kerana, anak anda akan sedar bahawa jika dia tidak memberi makanan kepadanya, haiwan tersebut akan mati.

Oleh itu, secara logiknya, bagi memastikan kelangsungan hidup haiwan tersebut, dia akan terus memastikan keperluan yang cukup diberikan kepada haiwan berkenaan.

Anda juga harus menerangkan kepadanya kesan dan akibat yang akan berlaku jika mereka mengabaikan haiwan peliharaan.

Foto: Petco

Perhatian

Mempunyai haiwan peliharaan semestinya memerlukan penjagaan yang cukup rapi.

Berikan tanggungjawab kepada anak anda untuk menguruskan perkara seperti membuang sisa buangan haiwan kesayangan mereka.

Meskipun anak anda mungkin tidak suka melakukannya, pujuk mereka dan bersikap lebih tegas mengenai hal ini. Percayalah, mereka pasti akan memahami tindakan anda pada suatu hari nanti!

Lama-kelamaan, anak anda pasti akan melakukannya secara suka rela.

Foto: More4Momz

Rawatan

Meskipun anak anda masih kecil untuk memahami dan mengetahui cara merawat haiwan peliharaan yang cedera, tetapi anda boleh memantau mereka.

Beri kebebasan untuk mereka mengekpresikan kasih sayang terhadap haiwan kesayangan mereka. Jangan terlalu mengongkong!

Sifat tanggungjawab akan datang setelah beberapa ketika. Anda hanya perlu bersabar dan memperbetulkan kesilapan yang mereka lakukan.

Sumber: Canidae

tex_admin