Categories: familuv

Pelajari Cara Membuat Pasir Kinetik Sendiri Untuk Anak Anda, Tak Perlu Beli Mahal-Mahal

Salah satu mainan kanak-kanak (untuk orang dewasa pun boleh) yang telah menjadi trend tahun lepas adalah pasir kinetik. Teksturnya macam pasir lembap tapi ia lebih lembut dan mudah dibentuk, dan tak mudah berderai.

Tengoklah!

Macam magic!

Ramai yang anggap ia nampak sama seperti tanah liat Play-Doh, tapi pengalaman bermain dengannya memang tak sama.

Alat ini memang sesuai untuk tumbesaran kanak-kanak kerana ia menggalakan penggunaan deria, kemahiran motor halus, serta koordinasi tangan-mata.

Di kedai mainan, ia mungkin dijual dengan harga yang mahal, tapi kenapa beli bila anda boleh buat sendiri?

Saksikan video ini untuk pelajari cara-caranya. Senang saja!

Awas! Walaupun ia seronok untuk dimain, pasir kinetik ini merbahaya jika ditelan. Jadi anda harus pastikan dan pesan kepada anak anda untuk tidak memasukkannya ke dalam mulut mereka. 

Sumber: DIY Hacks

Ad Ops