Categories: Fab Foodies!LIFESTYLE

Elak Epal Lebam Lepas Dipotong Ikut Tips Ini

 Pasti anda perasan kan. setiap kali epal dipotong, ia hanya boleh bertahan beberapa minit sebelum bertukar warna keperangan. Kalau nak dihidangkan untuk rumah terbuka tau jamuan, tak bolehlah dibiarkan terdedah lama-lama.

Jadi, jom kita ikuti petua elak epal lebam supaya kekal segar walaupun terdedah lama hasil dari perkongsian daripada Puan Malina

AIR GARAM

Petuanya elak epal lebam yang pertama ini sangat senang. Sediakan air biasa, tambah secubit garam kemudian rendam hirisan epal ke dalam air tersebut sekejap. Saya rendam dalam 5 minit macam tu. Kemudian toskan dan garam jangan diletakkan banyak ye nanti buah epal akan masin. 

JUS LEMON

Hanya perlu perah sedikit jus lemon ke dalam air. Kemudian, rendam potongan epal beberapa minit dan toskan sebelum dihidang.

Kalau tak ada jus lemon, boleh juga gantikan dengan jus limau nipis atau apa-apa jus buah yang bersifat sitrus seperti oren atau nanas

MADU

Bolehlah menggunakan madu jika anda tidak menggemari masin . Untuk caranya senang sahaja

Caranya pun mudah. Cuma campurkan 2 sudu madu dengan segelas air biasa. Kemudian, rendam potongan epal ke dalam campuran itu selama beberapa minit. Lepas itu, toskan dan dah boleh dihidangkan.

 

 

Memang senang rupanya nak menjaga kesegaran buah-buahan walaupun ianya terdedah lama selepas dipotong. Petua ini juga boleh digunakan untuk buah pear, lai, pisang, atau buah-buahan lain. Selamat mencuba!

SGMS Enal