Categories: familuv

Sehari Tukar 10 Kali, Wah Banyaknya Baju Maryam!

Tukar baju anak sehari 10 kali, antara kerja gila yang dilakukan pasangan suami isteri selebriti juga usahawan berjaya, Fizo Omar dan isterinya, Mawar Abdul Karim.

Fizo atau Wan Hafizul Wan Omar, 33, berkata, dia dan isterinya melakukan hal itu untuk anaknya Wan Maryam yang kini berusia tujuh bulan.

Jauh sekali niat untuk menunjuk-nunjuk sebaliknya sekadar mahu memanfaatkan baju bayi yang dibeli pasangan suami isteri sepadan itu sejak lima tahun lalu.

Foto: Instagram Fizo Omar

“Lima tahun lepas masa Daddy dan Mummy bulan madu di Itali teruja sangat nak beli baju bayi, setiap tempat kami pergi benda yang wajib beli adalah baju bayi. Biasalah pasangan yang baru kahwin semuanya teruja nak dapat anak dan selalunya tak tunggu lama nak dapat zuriat.

“Cik Yam (Wan Maryam) tukar baju satu hari sampai lebih 10 kali sebab baju ni kumpul hampir lima tahun dah,” ujarnya di Instagram.

Pasangan ini mendapat cahaya mata pada 29 Disember 2017 menerusi rawatan kesuburan.

Sementara itu, Fizo berkata, dia dan isteri tetap yakin membeli baju-baju bayi biarpun ketika itu perkahwinan mereka sudah memasuki tahun keempat.

Foto: Instagram Fizo Omar

Fizo berkata, pelbagai rawatan dan ikhtiar diusahakan dalam tempoh itu tanpa rasa putus asa.

“Hari demi hari menunggu sehinggalah masuk tahun keempat perkahwinan, tak dapat juga zuriat. Macam-macam cara cuba dan ikhtiar.

“Perasaan saya sangat yakin yang satu hari Allah akan izinkan kami untuk berzuriat. Baju bayi tak payah cakap. Yakin je beli dah macam ada anak ramai kat rumah tu.

“Saya tak pernah putus asa atau tertekan dengan soalan “bila nak dapat anak?… doa dan terus berdoa, akhirnya Allah izinkan bila dia tahu kami sudah bersedia untuk jadi ibu bapa,” ujarnya

Sumber: mStar

Yanie Baharom