Categories: familuv

Selepas suami meninggal, siapakah yang harus memberi nafkah kepada anak? Ini penjelasannya

Oleh Syarifah Fatin Anisa Tuan Said Shakh

Setiap pasangan yang sudah berkahwin sememangnya ingin meneruskan hidup bersama-sama sehingga ke akhir hayat. 

Bak kata pepatah, kita hanya merancang, tetapi tuhan yang menentukan. Suami yang dicintai meninggalkan anda sekelip mata tanpa menitipkan apa-apa pesanan?

Dalam situasi ini, anda pasti akan buntu dan tidak tahu apa yang harus dilakukan. Bagi wanita yang bekerja, sekurang-kurangnya masih mampu mencari rezeki untuk anak-anak. Tetapi bagaimana jika anda seorang suri rumah tangga sepenuh masa?

Pendakwah bebas,  Ustaz Ahmad Adnan Fadzil berkongsi pandangan mengenai isu ini.

Katanya, apabila suami meninggal dunia, tugas mencari nafkah jatuh kepada keluarga sebelah suami, iaitu datuk, adik-beradik bapa dan seterusnya, bukan tanggungjawab sebelah isteri. 

Bagaimanapun, jika tiada ahli keluarga daripada keturunan suami yang masih hidup, maka tanggungjawab itu jatuh kepada keluarga sebelah isteri. 

Hal ini membawa maksud, wali ibunya juga bertanggungjawab memberikan kelengkapan hidup kepada anak-anak yatim itu. 

Berdasarkan hukum faraid, isteri akan mendapat bahagian paling sedikit kecuali jika suami sudah menetapkan bahagian harta menerusi wasiat mahupun hibah.

Sesungguhnya, hukum termasuk pembahagian harta dan nafkah sudah ditetapkan dalam undang-undang syariah seperti yang termaktub dalam al-Quran. 

Bagi wanita di luar sana, jangan takut untuk mempertahankan hak anda!

tex_admin