Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi March 27, 2024 @ 8:49pm

Fasha Sandha Persoal Individu Berat Mulut Ucap Terima Kasih, Kongsi Banyak Belajar Etika Dengan Bekas Suami

Aktres jelita Fasha Sandha menyifatkan ucapan terima kasih yang diucapkan seseorang adalah perkataan yang bernilai dan bermakna kepada orang lain.

Bercakap kepada XTRA, Fasha mempersoalkan apakah alasan sesetengah individu apabila berat mulut untuk mengucapkan terima kasih.

“Perkataan ‘tolong’ dan ‘terima kasih’ adalah perkataan magik.

“Mungkin saya dan anak-anak dibesarkan dengan diajar untuk mengucapkan terima kasih. Jadi sesetengah manusia kadang-kadang mengambil ia perkara mudah.

“Terlupa atau bukan budaya untuk ucap terima kasih itu?,” katanya.

Fasha ditemui pada majlis berbuka puasa Gardenia Numee bersama Fasha Sandha di Gardenia Bakeries, Shah Alam pada Selasa.

Mengulas lanjut mengenai hantaran yang dimuat naiknya di Instagram mengenai ucapan terima kasih itu, Fasha akui dia berbuat demikian agar individu tersebut sedar dan terasa kerana ia sudah bertahun terjadi.

“Sebenarnya ia dah bertahun jadi, tapi hantaran itu saya rasa macam nak buat individu itu sedar dan terasa.

“Saya rasa saya dah bersabar lama sangat, tapi ketika saya buat hantaran itu saya harap individu itu sedar dan boleh praktikkan.

“Saya juga manusia biasa, kadang-kadang saya juga nak meluahkan apa yang saya rasa,” ujarnya.

Dalam pada itu, Fasha turut memaklumkan dia banyak belajar etika dan menghargai orang dengan bekas suaminya, Rizal Ahsram Ramli atau lebih dikenali sebagai Jejai.

“Dari zaman sekolah lagi saya suka untuk ucapkan terima kasih tapi tak sekerap bila saya mengenali keluarga bekas suami, Rizal.

“Dia banyak ajar saya untuk selalu ucapkan terima kasih walaupun ia perkara kecil. Saya belajar daripada bekas suami saya.

“Ketika saya jadi isteri dia, dia banyak ajar saya bagaimana etika berhadapan dengan orang, hubungan dengan orang, jadi selepas saya kahwin dengan dia, lagi kerap saya ucap terima kasih,” kongsinya.

Fasha juga memaklumkan anak-anaknya juga akan mengucapkan perkataan terima kasih dan ‘I love you’ kepadanya lima kali sehari sebagai tanda menghargai.

“Bila orang buat kebaikan pada saya, saya akan ucap terima kasih lebih dari tiga kali, itu adalah budaya saya dan saya terapkan kepada anak-anak.

“Anak-anak juga akan ucap terima kasih dan sayang lebih daripada lima kali sehari. Sebab mereka dah biasa dengan perkataan itu, cuma ia tak jadi kebiasaan dalam budaya kita,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 12 Nov 2025
Hiburan Wed, 2 Aug 2023

Yuna Bakal Buat Konsert 22 Oktober Ini, Peminat Luah Rasa Teruja

Fuhhhhh, tak sabarnya min nak tunggu konsert Yuna! Confirm gempak nii 🥳🥳

Hiburan Thu, 18 Aug 2022

Percaya Kaedah Tradisional Punca Kesihatan Ako Mustapha Terjejas

Pastikan dapatkan nasihat pakar dulu ya kalau ada penyakit sebelum cuba perubatan tradisional..

Filem Tue, 10 Oct 2023

“Batal Tayangan Pagari Bulan, FINAS Buat Apa?” – Michael Ang Luah Rasa Terkilan

Kalau Mic tak bagi tahu, serious tak tahu kewujudan Pagari Bulan 😅😖

Hiburan Sat, 20 Apr 2019

‘Minta Izin, Bayar Kalau Nak Menyanyi Lagu Arwah’- Isteri Allahyarham Saleem Beri Amaran

Dengar tu, jangan cuba-cuba nak ambil kesempatan pula dengan menjual atau menyanyikan lagu-lagu arwah tanpa izin. Ada sebabnya…

Hiburan Mon, 17 Sep 2018

《八度空间嘉年华》强势回归!923一起过中秋

暌违5年《八度空间嘉年华》强势回归!配合即将来临的中秋节,八度空间再度齐聚旗下艺人和主持人,于9月23日(星期日),上午10时正至晚上10时正,在布城IOI City Mall和全马观众一起共庆佳节。

Hiburan Mon, 2 Jul 2018

Cukuplah… Saya Tak Mahu Buat Kerja Gila Lagi

Iqram Dinzly juga memohon maaf atas segala perbuatannya terdahulu yang mungkin mengguris sesetengah pihak. Kita doakan Iqram terus bangkit dan sihat okay!

Hiburan Thu, 21 Aug 2025
error: Content is protected !!